Sejujurnya saya tidak pasti sejauh mana kebenaran dakwaan dibawah.
Walaupun sebelum ini saya ada mendengar cerita mengenainya, baik dalam bentuk masej mahupun panggilan telefon.
Yang saya hairan dari mana nanti Jeffrey Kitingan, mendapatkan sokongan Adun. Lain benar bodoh Setiausaha dan Pegawai Khas berkenaan. 😂

22 Disember 2024
Kuala Lumpur
Dua Dalang Menjatuhkan Ketua Menteri Sabah Dipercayai Telah Dikenal Pasti.
Isu berkaitan Timbalan Ketua Menteri 1 Sabah yang dikatakan mengatur langkah menggulingkan Ketua Menteri Sabah untuk menjadi Ketua Menteri Interim masih membara di Sabah.
Kenyataan Ketua Wanita Star, Kerry Che yang mahukan Ketua Menteri Sabah diganti oleh Presidennya memarakkan kembali sensasi ini walaupun ianya dibidas sekerasnya oleh Timbalan Ketua Penerangan Parti Star.
Dalam kemelut ini, penulis melihat Timbalan Ketua Menteri Sabah 1 merupakan mangsa keadaan yang dipermainkan oleh dua orang pegawainya yaitu Setiausaha Sulit dan Pegawai Khas Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah.
Penulis mendapat informasi bahawa Setiausaha Sulit Menteri itu sejak dua tahun lalu amat rapat dengan Albert Tei sehingga perniagaannya juga dibiayayai oleh ‘wistleblower’ tersebut.
Terdapat juga saksi yang mengatakan Setiausaha Sulit tersebut sering berjumpa dengan Albert Tei di salah satu restoran di Sutera Avenue, Kota Kinabalu malahan sekitar 16-17 Disember 2024, Setiausaha Sulit tersebut kelihatan memandu kereta jenis Velfire yang mempunyai lambang Ahli Parlimen di salah satu kawasan di Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Albert Tei. Kenderaan tersebut dipercayai milik Ahli Parlimen Keningau.
Terdapat juga sumber yang mengatakan Setiausaha Sulit dan Pegawai Khas Menteri Pertanian Sabah telah menerima wang dua juta ringgit untuk tujuan memudah cara Timbalan Ketua Menteri 1 menggantikan Ketua Menteri sekarang tanpa pengetahuan Timbalan Ketua Menteri 1 itu sendiri. Menurut sumber, Setiausaha Sulit tersebut mengatakan sebahagian daripada wang itu telahpun diberikan kepada Partinya.
Dengan ini, penulis melihat isu mengganti YAB DSP Haji Hj Noor sebagai Ketua Menteri adalah berpunca daripada Setiausaha Sulit, Rizal Johari dan Pegawai Khas, Jackreson Ng yang telah disogok oleh Albert Tei.
Datuk Dr Jeffrey Kitingan merupakan mangsa percaturan kerana dia sendiri telah menegaskan bahawa dia menyokong kepimpinan Ketua Menteri mengetuai Kerajaan Sabah pada pertengahan bulan Disember 2024.
Sumber.





















Leave a Reply