Apa Sudah Kesudahan Skandal Pulau Di Semporan Yang Dijual Kepada Tauke Cina

Apa sudah kesudahan skandal  dua pulau di Semporna yang telah dijual kepada tauke Cina semasa kerajaan Warisan.

Saya dikhabarkan sebelum ini. Individu yang mendedahkan skandal jual beli telah disaman atau  diheret ke Mahkamah.

Namun saman itu bukan untuk mencari kebenaran tapi lebih kepada usaha  menutup mulut dari terus membongkar penyelewengan berkaitan dua pulau  yang telah dilakukan oleh pemimpin Warisan dan kuncu kuncunya. 

Sekarang rakyat Sabah ingin tahu, sejauh mana sudah kes atau perbicaraan berjalan dan apa yang telah dibuktikan. Siapa saksi yang telah dipanggil.

Jangan menyebarkan cerita kononnya telah disaman tapi tidak ada progres. Sekadar mengaburi mata masyarakat menjelang pilihan raya negeri akan datang.

Saya tidak kenal pun, siapa individu dalam video. Yang penting disini, benar kah dua pulau  telah dijual kepada tauke Cina, seperti cerita bangunan USIA di Semporna kini dikuasai tauke tauke Cina. 

Barang diingat,  khazanah di bumi Sabah ni milik negeri  Sabah, bukan orang daerah. Jadi kalau pun ada jual beli ia harus jelas, digunakan untuk apa dan faedahnya kepada rakyat.

Bangunan sudah menjadi milik mereka, suka hati merekalah membuka premis nombor ekor. Tapi cepat cepat dihalang oleh kroni Warisan, cerita takut kejahatan mereka bertambah.

Banyak bha cerita jual beli tanah semasa kerajaan Warisan. Bukan hanya di pulau di pekan Semporna pun ada. Nasib baik kerajaan Warisan tumbang, menyebabkan proses dokumentasi tergendala. Tinggal lagi  tidak boleh saya dedahkan secara detail sebab belum ada bukti hitam putih. walaupun pada hakikatnya perjanjian telah dimeterai dengan pihak tertentu. Malangnya rakyat Sabah, walaupun hanya dua tahun lebih Warisan menjadi kerajaan negeri.

One thought on “Apa Sudah Kesudahan Skandal Pulau Di Semporan Yang Dijual Kepada Tauke Cina

Add yours

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading