
Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook kata, DAP pusat memberikan autonomi kepada DAP Sabah berhubung kerjasama dengan Parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS) menjelang pilihan raya negeri Sabah akan datang.
Ia berasaskan penjelasan Pengerusi DAP Sabah Phoong Jin Zhe dan hanya DAP Sabah memahami dinamika politik Sabah.
Begitu pernyataan Loke Siew Fook selepas Konvensyen biasa DAP di IDCC Shah Alam, Selangor.
Tadi pagi saya mendengar penjelasan Presiden PGRS tentang perjumpaan UMNO/BN dan PH. Datuk Hajiji menyatakan itu hal mereka.
Yang pasti hari ini Sabah diperintah oleh GRS dan PH. Ertinya kerjasama itu akan berterusan menjelang pilihan raya negeri.
Sebaiknya PKR mengikut langkah DAP memberikan autonomi kepada PKR Sabah.
Biar orang Sabah sendiri yang tentukan dengan siapa bekerjasama.
Beransur ansur UMNO terkeluar dari persaingan memenangi pilihan raya negeri Sabah. Tapi belum lambat UMNO oiii, ruang masih terbuka tapi jangan mimpi akan menang besar dan menyandang jawatan Ketua Menteri. 😂






















Leave a Reply