
Mula sudah UMNO Sabah bersandiwara seolah olah mereka yang mangsa.
Bila Bung tanpa rasa malu berkata terlalu perit konok bersama sama orang yang sembelih kita, kita nak layan lagi berat.
Siapa yang sembelih siapa ni Bung Mokhtar oi?
Lepas itu siapa yang terhegeh hegeh ingin bekerjasama dengan UMNO? hakikatnya GRS yang menolak sejak dari awal tinggal lagi menghormati nasihat Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya GRS PH dan BN bekerjasama.
Dalam erti kata UMNO Sabah tidak akan bekerjasama dengan GRS menghadapi pilihan raya negeri akan datang yang dijangka berlangsung pada Oktober tahun depan.
Berita baik buat rakyat Sabah. Ibarat bibit durian yang disemai mulai berputik, sikit hari lagi akan ditanam dan hasilnya akan dimakan beramai ramai.
Menolak UMNO adalah modal politik yang paling berkesan. PH mendapat kemenangan kerana agenda menolak maling yakni UMNO. GPS mendapat kemenangan besar pada PRN 2021 kerana GPS secara terbuka menolak kerjasama dengan BN di Sarawak, orang Sarawak suka negeri mereka tanpa UMNO/BN.
Warisan walaupun baru berumur setahun jagung ,tapi cepat mendapat tempat kerana sentimen menolak Malaya atau lebih tempat menolak parti UMNO yang menyebabkan Sabah miskin.
Siapa yang berkomplot dengan musuh UMNO yakni Warisan cuba menjatuhkan kerajaan GRS yang dipimpin oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji. Tindakan yang keji kok itu, sampaikan wakil rakyat UMNO dan Warisan terpaksa melarikan diri menyokong GRS.
Tidak keji macam mana, semasa pilihan raya Warisan jadikan UMNO modal kempen, sebagai parti maling yang menyebabkan Sabah miskin. Alih alih Bung Mokhtar dan Shafie bekerjasama merampas kerajaan negeri. Tanpa memikirkan keadaan rakyat yang dahagakan pembangunan dan kestabilan.
Bila persekongkolan mereka berjaya digagalkan. Mereka pula yang mengencang. Mengata macam macam kerajaan GRS, kononnya kemiskinanlah, bekalan air lah, jalan lah. Pui!
Ada jawatan Timbalan Ketua Menteri tidak dimanfaatkan untuk kebaikan rakyat Sabah. Sebaliknya hanya sibuk mengumpul kekayaan sampai kantoi dalam skandal pencawang RM80 juta ringgit.
Bung Mokhtar ni jenis tidak mengenang budi. Dia sengaja melupakan sejarah. Hakikatnya tanpa kumpulan Datuk Hajiji menggugat kerajaan Warisan hingga membawa kepada pilihan raya negeri 2020. Tidak tu Bung merasa jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah dan yang paling penting rakyat Sabah sudah ramai yang melupakan UMNO.
Hari boleh lagi mendakwa kawasan DUN di Sabah milik UMNO justeru perlu dikembalikan. Pui!






















Leave a Reply