PAS Tiada Dalam Rundingan GRS, Warisan Tolong Baca Kena Hidung Kah Tidak

PAS tidak ada dalam rundingan GRS untuk bekerjasama pada pilihan raya negeri Sabah akan datang, apa lagi  PAS dalam pembangkang atau Perikatan Nasional (PN).

Begitu lebih kurang pernyataan Setiausaha Agung GRS, Datuk Masidi Manjun.

Jadi polemik badut Warisan kononnya PAS akan memerintah Sabah bersama GRS selepas pilihan raya negeri sekali lagi terbukti bohong. 

Sebelum ini pihak  Warisan cuba melemahkan GRS dengan mendakwa PAS sebagai rakan  GRS yang akan bertanding pada pilihan raya negeri akan datang. Justeru mengingatkan masyarakat agar turut menolak GRS dan  menyokong Warisan.

Kalau kamu dapat bayangkan ketakutan mereka, seolah olah begini, esok akan terjadi perang berdarah  di Sabah dan tentera Warisan akan kalah teruk hanya kerana kehadiran tentera PAS yang bergabung dengan tentera  GRS. 

Apa kok yang ditakutkan pada parti sekecil PAS di Sabah. Berapa kerusi sangat yang mereka mampu dapat. Kalau pun banyak, itu kelebihan dan kemampuan mereka. Yang macai Warisan seolah olah  kalah sebelum berperang, kenapa kah?

Mereka ingat andai PAS ingin bekerjasama dengan Warisan, Shafie akan tolak  kah. Pui!

Kita  sedar  kenapa macai macai Warisan berlakon fobia PAS. Bukan kerana politik semata mata tapi mereka ingat PAS adalah Islam, lalu Islam itulah yang mereka takutkan.

Begitu kejinya sikap dan pemikiran para laskar Warisan. Politik dan agama sengaja disatukan, ini Sabah lah bos ku, bukan Malaya.

Saya harap Bajau Suluk, Bugis dan KDMR yang berakal sihat faham apa yang saya maksudkan dan berhasrat akan  meninggalkan Warisan.

Warisan adalah parti yang disokong oleh golongan rasisme idealogi yang berselindung disebalik pergolakan politik.

Baru saja semalam pihak Warisan menyatakan sokongan mereka pada Donald Trump atas kemenangannya, merebut jawatan Presiden Amerika Syarikat ke 47.

Donald Trump anti bekas Imigren dan penyokong kuat isreal kok dibagi surat kasih sayang. Di Sabah pula macai aka badut Warisan beriya iya menolak PAS kerana  dicop Islam.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading