
Terbaca kritikan Shafie Apdal di kenyataan media Warisan.
Shafie ingat sekreteriat SMJ itu lepasan tadika, sekolah rendah dan langsung tiada pengalaman kerja kah apa ni. Astaghfirullah.
Itulah kesannya bila memaksa diri atau sengaja mempersoal kerajaan negeri GRS setelah dia nampak berjaya mengurangkan atau menghapuskan golongan miskin tegar di Sabah. Banyak lagi kejayaan GRS, pun sama sengaja dipersoalkan.
Ala kawasan sendiri bha, kampung kampung di Semporna tunggang tunggang langgang, miskin frasarana. Walaupun pernah menyandang sebagai Menteri KKLW dan baru ini sebagai Ketua Menteri Sabah. Tapi masih ada hati mempersoal usaha murni Ketua Menteri Sabah, Datuk Haiiji Noor.
Shafie juga tidak menyumbang kepada kebaikan negeri dan rakyat Sabah secara umumnya, baik semasa Menteri KKLW mahupun baru ini sebagai Ketua Menteri Sabah.
Kita sedar juga bha modal politik apa lagi yang mereka ada, selain bersuara walaupun tidak rasional seperti ini. Yang penting berbunyi, adalah tu nanti badut Warisan bertepuk tangan, syok sendiri.
Pemimpn pembangkang lain pun terdesak juga tapi janganlah sampai nampak macam orang tiada pendidikan langsung, Shafie oi!
Saya konsisten menggunakan istilah atau perkataan hapus seperti kenyataan Ketua Menteri sendiri. Sudah memang data menunjukkan begitu buat macam mana. Kita mungkin boleh berburuk sangka jika kerajaan tiba tiba mengeluarkan kenyataan berjaya menghapuskan atau mengurangkan miskin tegar, sedangan tiada usaha sebelum itu yang dijalankan.
Usaha kerajaan GRS menghapuskan miskin tegar dibuat dan dijalankan secara berfasa. Ertinya nasib miskin tegar di Sabah akhirnya juga akan berakhir.
Presiden Warisan hanya mampu bermain kata kata setelah terkesan melihat kejayaan Ketua Menteri Hajiji Noor.
Warisan ingat hapus yang dimaksudkan Ketua Menteri Hajiji seperti waktu yang sudah berlalu tidak kembali lagi ke. Kekayaan pun ada kalanya akan berakhir, walaupun dipertahankan oleh empunya diri. Ini kan pula golongan lemah yang menuntut sokongan dari kerajaan, pastilah berlaku turun naik.
Apa Shafie ingat formula yang digunakan SMJ bagi menentukan miskin tegar sekaligus menjadi langkah penyelesaian, dibuat dan dibincangkan di tepi jalan ke? dan hanya seorang yang membuat keputusan.
Sudah tentulah melibatkan semua pihak, kalau tidak untuk apa Sekretariat SMJ diwujudkan dan dilengkapi kakitangan yang berbagai kelayakan dan kemahiran.
Bagaimana Miskin Tegar Sabah Dinoktahkan Dan Ditentukan – SMJ
Pendekatan Agresif Noktahkan Miskin Tegar Di Sabah
Tidak Percaya pula Shafie yang kerajaan GRS berjaya menyelesaikan kemiskinan tegar di Sabah.
Bagaimana jika kita buat perbandingan mudah, baru kita nampak, benar ke kerajaan berjaya menghapuskan miskin tegar satu ketika nanti.
Kebanyakan PTI pada awalnya berstatus miskin tegar, tapi mereka berusaha, hari ini ada yang lebih kaya dari orang tempatan. Malah terlibat menentukan kerajaan yang akan memerintah. Ini bukti miskin tegar boleh dikeluarkan dari garisan asal mereka.
Apa lagi jika miskin tegar yang terdiri orang tempatan dibantu SMJ, agensi yang dipertanggungjawabkan memikirkan langkah dan cara bagaimana menghapuskan kemiskinan tegar di Sabah. Pastilah membuahkan hasil walaupun sudah tentu pasti memakan masa. Dan setiap fasa aka menjanjikan kejayaan berjaya menghapuskan miskin tegar.
Kenapa Badut Tidak Percaya GRS Berjaya Hapuskan Miskin Tegar? Tolol!
Memorandum Perkeso dan SMJ Bagi Program Menoktahkan Miskin Tegar
Berapa ratus orang rakyat Malaysia hari ini sengaja tidak bekerja. Lebih suka menjalankan aktiviti jenayah, seperti jual beli dadah syabu dan sebagainya, mereka ini suatu hari akan jatuh menjadi miskin tegar, sekaligus menambah angka miskin tegar. Walaupun sebelum itu data menunjukkan miskon tegar telah berjaya dihapuskan.
Bercakap pasal kegiatan jenayah. Statistik menunjukkan kejadian jenayah paling tinggi pernah dicatatkan di Sabah ialah semasa kerajaan Warisan. Ini bukan kegagalan kerajaan Warisan menangani kemiskinan di Sabah ke? bercakap sebagai pembangkang memang sedap, tidak menggunakan otak pun boleh jalan.
Baca link dibawah.
Kadar Jenayah Di Sabah Menurun Sejak Warisan Tumbang
Pihak Warisan kian terdesak setelah usaha mengelirukan rakyat menggunakan video dan infografik gagal membatalkan keyakian rakyat Sabah untuk terus menyokong kerajaan GRS yang diketuai Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor.
Siapa juga yang bodoh mempercayai dakwaan yang dibuat oleh orang yang tidak boleh dipertanggungjawabkan.
Kalau cara menyamar dan membuat kenyataan tidak berasas seperti yang dipraktikkan oleh badut Warisan, diterima pakai dan diyakini oleh masyarakat.
Sekarang ini juga saya akan aktif. Tapi percayalah fitnah akan bermaharahela, negeri ini akan musnah, kehidupan berkeluarga bakal porak peranda dan berkecai.
Tanda tanda parti Warisan akan tutup kedai lebih awal. Ya lah saya ingatkan hanya Bung Mokhtar yang mengada-ngada, rupanya Presiden Warisan pun sama kuat mengada-ngada macam orang tidak berpendidikan pula tu.





















