
Sabah miskin kerana kekayaan dan hasil Sabah habis diangkut ke Semenanjung oleh UMNO. Begitu bunyi propaganda yang disebarkan oleh pemimpin pemimpin nombor satu Warisan ketika itu dan masih dimainkan sehingga hari ini oleh segelintir totok Warisan.
Makanya hari ini ada bunyi bunyi mengajak Sabah keluar dari Malaysia.
Mau dikata propaganda semata mata tidak juga, ini kerna hari ini kerajaan Sabah masih bergelut menuntut beberapa eleman dalam perjanjian Malaysia 1963.
Yang peliknya pula kenapa Shafie Apdal dan Bung Mokhtar berkomplot cuba merampas jawatan Ketua Menteri Sabah daripada kerajaan GRS atau Datuk Hajiji.
Propaganda itu berjaya menarik sokongan segelintir rakyat Sabah, termasuk beberapa ahli UMNO untuk menyokong Warisan. Dan ada dikalangan mereka menjadi penyembah parti Warisan hingga saat ini. Tolol!
Tapi bila ada ura ura Warisan dan UMNO akan bekerjasama ramai penyokong kedua belah pihak tidak bahagia, tidak sanggup bekerjasama dengan Warisan begitu pula sebaliknya.
Baru ini Presiden Warisan Shafie melalui kenyataan media mempertikai kejayaan kerajaan GRS menghapuskan golongan miskin tegar. Menghapuskan bermaksud beransur ansurlah akhirnya sifar.
Tapi pemimpin Warisan dan badut mereka sengaja bersikap lurus membendul, mereka ingat hapus bermaksud hilang sama sekali, tiada lagi yang tinggal.
Dibawah artikel yang mengkritik balik kritikan Shafie berhubung kejayaan kerajaan GRS menangani miskin tegar.
Shafie Ingat Sekretariat SMJ Lepasan Tadika Kah Tidak Mampu Hapuskan Miskin Tegar
Selang beberapa waktu si Suhaimi Ahli Parlimen Libaran muncul menyokong kenyataan Shafie Apda itu.
Si Suhaimi lupa gamaknya yang memiskin Sabah adalah partinya iaitu UMNO. Habis kekayaan Sabah diangkut oleh UMNO last last Sabah terkenal miskin. Dan yang paling menyumbang kepada angka kemiskinan adalah Sandakan.
Untung kerajaan Warisan tidak bertahan lama. Hari ini kerajaan GRS berusaha gigih memajukan Sabah. Peluang berekonomi semakin giat dan terbuka, begitu juga peluang pekerjaan. Ini semua hasil usaha kerajaan menarik pelabur dan pelancong dari dalam dan luar negara.
Jadi sewajarnya si Suhaimi sebagai ahli Parlimen Libaran jangan ikut ikutan. Ambil dulu cermin tu.
Si Suhaimi juga mengata kononnya kepimpinan GRS katak politik. Habis Bung Mokhtar dan Shafie Apdal berkomplot menjatuhkan kerajaan negeri tu apa? bukan lagi katak politik tapi penjahat dan tamak untuk menyelamatkan diri dan tuduhan rasuah di Mahkamah.
UMNO yang berjanji tidak bekerjasama dengan PH tu apa? siap bersumpah lagi.
Si Suhaimi berlagak budiman walhal isterinya yang menjadi setiausaha Perdana Menteri Ismail Sabri dikaitkan dengan tiba tiba mandi dengan kemewahan. Bukan katak politk konon tapi apa, pemimpin UMNO terkenal sebagai pencuri?
Mencuri bukan tuduhan semata mata, tapi persatuan peguam tidak percaya kalau Ketua UMNO Sabah bukan pencuri.
Politk memang kotor tapi jangan olok orang lain kotor, kalau satu dunia tahu kamu yang kotor. Cakap sikit sikit sudahlah. Itu namanya munafik.
Saya tidak mahu lanjutkan kritikan balas ini. Sebab semalam saya terjumpa dengan seorang lelaki dari Sandakan yang juga bekas Pemuda UMNO.
Berterus terang bahwa susah si Suhaimi kalau bertanding untuk DUN pasti kalah (lebih kurang begitu).
Warisan pula tidak ada dana untuk mengurus pengikut mereka. Semakin hari semakin teruk sama dengan UMNO Bung cakap tidak serupa bikin.
Yang memiskin Sabah UMNO Bung hari ini mereka buat tidak tahu.






















Leave a Reply