
Pagi tadi terbaca tajuk berita selamatkan Sabah dan ketengahkan isu rakyat.
Dikutip dari kenyataan Shafie lah tu, siapa lagi kalau bukan dari orang yang terdesak.
Persoalannya apa kok yang diselamatkan dan siapa yang tidak selamat?
Kalau Sabah diselamatkan dari tuntutan pihak luar? mungkin boleh diterima. Tapi bukan itu yang dimaksudkan oleh Shafie Apdal, sudah tentu.
Sudah dibagi peluang dua tahun sebagai Ketua negeri Sabah tapi gagal membuktikan kemampuannya. Pun masih ada hati beretorik soal masa depan orang lain, tanpa sikit rasa bersalah.
Kronisme dan nepotisme antara perkara yang ditakutkan rakyat Sabah ketika pemerintahan Warisan. Sampaikan muncul istilah Sempornanisasi dan ketika Warisan menghadapi pilihan raya negeri 2020. Shafie cuba menutupnya dengan menjual agenda Sabah Unity. Namun tidak lagi mendapat kepercayaan malah menambah kemarahan rakyat Sabah, sekaligus menumbangkan kerajaan Warisan secara demokrasi.
Kerajaan Warisan hanya bertahan dua setengah apa bila rakyat Sabah gigih, melawan ketidakadilan serta cengkaman yang mereka hadapi. Sudah lupa? lalu sekarang siapa yang diselamatkan.
Ramai yang optimis parti Warisan akan terus menjadi pembangkang selepas pilihan raya negeri akan datang dengan hanya berbekalkan tiga kerusi DUN.
Ada lagi yang berpandangan Shafie hanya mampu mempertahankan Semporna sebagai kubo Warisan.
Bagus juga bha Semporna terus menjadi kubo pembangkang sampai bila bila supaya kroni kroni Shafie/Warisan penat sendiri dan orang luar yang tiada kaitan menyedari sekaligus membuka ruang bagi orang luar untuk bertanding sekaligus menjadi wakil rakyat di Semporna.
Hari ini keberadaan parti Warisan benar benar dipersoalkan oleh rakyat Sabah. Bukan hanya kerana gagal menunaikan janji pilihan raya tapi kesungguhan pihak Warisan menyebarkan maklumat palsu dan fitnah hanya semata mata ingin berkuasa.
Makanya Presiden Warisan terus membuat kenyataan walaupun dia sedar ia hanyalah auta politik seperti awal kemunculan Warisan.
Semasa berkempen pilihan raya 2018, berjanji macam macam tapi satupun tiada yang menjadi kenyataan.
Rasanya Presiden Warisan ketinggalan bas bila menyeruh badut Warisan agar mengutarakan isu rakyat.
Selama ini itulah yang badut Warisan lakukan membangkitkan pelbagai isu walaupun bohong dengan harapan dapat menaikkan populariti Shafie dan parti Warisan.
Maksud saya sememangnya sudah lama badut dan kepimpinan Warisan mencipta cerita bohong dan memfitnah kepimpinan GRS di semua peringkat tapi tetap ditolak oleh rakyat Sabah yang berfikiran waras.
Banyaklah pembohongan yang telah dijalankan oleh badut Warisan. Kiranya budak tepi jalan pun kalau buat kandungan video yang tidak berasas sekalipun akan disebarkan dengan harapan akan ada orang bodoh yang mempercayainya.
Membangkitkan rasa kekitaan dan menanam kepercayaan dikalangan orang bodoh, kononnya kerajaan GRS, kerajaan yang gagal ini juga taktik kotor yang mereka mainkan. Tapi masih gagal membatalkan keyakinan rakyat Sabah pada kerajaan GRS yang dipimpin Ketua Menteri Hajiji Noor.
Kerajaan GRS berjaya menarik pelabur, mengembangkan sektor industri, membaiki pulih frasarana tinggalan kerajaan Warisan. Tapi GRS pula yang dituduh kerajaan gagal oleh badut Warisan. Pui!
Sabah Terima Lebih RM33b Pelaburan
Sabah Kekal Penyumbang Keenam Tertinggi KDNK Negara – DOSM
Justeru seruan Selamatkan Sabah tidak lagi relevan. Itu saya kata Shafie ketinggalan bas.
Hari ini, kerajaan GRS terpaksa mewarisi kegagalan Warisan.
Tidak nafikan berlaku gangguan air, letrik dan kerosakan jalan raya. Namun persoalannya sejak bila?
Yang sebenarnya gangguan bekalan dan kerosakan jalan mulai berlaku semasa kerajaan Warisan. Saya ada sumber yang boleh membuktikannya.
Kerajaan GRS Gigih Membaiki Jalan Seperti Di Bulan Yang Diwarisi Dari Kerajaan Warisan
Krisis Bekalan Letrik dan Air Lebih Teruk Era Kerajaan Warisan (Video)
Bung Cakap Wakil Rakyat Warisan Bodoh Batal Pan Borneo, Terpaksa Guna Jalan Lama Yang Rosak (Video)
Shafie Apdal kamu jangan lupa. Antara propaganda bohong yang berjaya menarik segelintir rakyat Sabah untuk menyokong Warisan adalah menolak parti parti dari Malaya khususnya UMNO.
Tapi pada tahun 2023 Warisan, Shafie dan UMNO Bung Mokhtar berpakat cuba merampas jawatan Ketua Menteri Sabah dari GRS. Bukan ke ini membuktikan Shafie adalah pemimpin yang cakap tidak serupa bikin.
Manis bila berjanji tapi hakikatnya hanyalah muslihat untuk meyakinkan masyarakat. Tapi tidak mengapa, berdasarkan pemerhatian menunjukkan hanya golongan dewasa pencen dan naif yang masih percaya pada janji bulan bintang Presiden Warisan Shafie Apdal.






















Leave a Reply