Pembohongan Shafie/Warisan Terbukti Melalui Jawapan Bertulis Menteri Kewangan – Pemberian Khas

Jawapan bertulis Menteri Kewangan di sidang parlimen penggal ke tiga membuktikan kerajaan Warisan atau Shafie Apdal gagal merealisasikan perjanjian Malaysia 1963 atau pemberian khas 40 peratus.

Dimana kerajaan Warisan gagal menambah kadar pemberian khas sejak lebih 50 tahun yang lalu tapi diluar jentera Warisan sengaja mencipta dakwaan sebaliknya. Kononnya Shafie atau kerajaan Warisan berjaya melakukannya dengan mengemukakan bukti dari Kementerian Kewangan negeri era kerajaan Warisan bertarikh 18hb Oktober 2019.

Ia bertentangan dengan jawapan bertulis Menteri Kewangan ini bagi menjawab soalan yang dikemukan oleh MP Kalabakan semasa mesyuarat kedua penggal ketiga, berbunyi seperti dibawah.

Mengatakan sebaliknya, membuktikan kerajaan Warisan sememangnya gagal mendapatkan persetujuan hingga berjaya menerima kadar yang mereka persetujui.

Macam di anjing anjing saja bha kepimpinan Shafie dan pasukannya semasa berunding. Dianggap takut dan bodoh pun ada.

Jawapan bertulis Menteri Kewangan Federal ini juga bermaksud tidak ada persetujuan yang dicapai setelah kerajaan negeri iaitu GRS mengeluarkan surat baharu bagi membatalkan kerja bodoh kerajaan Warisan yang hanya bersetuju atas kertas menerima RM53.4 juta.

Yang lucunya, sudah pun ada bukti bersurat seperti di atas, tapi masih lagi pihak Warisan tanpa rasa malu menafikannya.

Pihak Warisan harus mengakui bahwa Shafie Apdal gagal memanfaatkan kedudukan Warisan selaku kerajaan negeri ketika itu.

Sahihlah dakwaan Timbalan Ketua Menteri Sarawak ketika itu, James Jemut Masing bahwa Shafie dan rombongannya takut mengemukan tuntutan perjanjian Malaysia 1963 kepada Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir. Sebab itulah Dr Mahathir sendiri mendakwa Shafie menjadi selaku ketua menteri tidak melakukan apa apa untuk Sabah.

Saya rasa admin Mawar Channel ni terlalu biul sudah akibat pembohongan yang mereka sebarkan sebelum ini. Last last kiri kanan mengena batang hidung Shafie Apdal.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading