Kamu tahu tu siapa yang dimaksudkan di Sabah. Skandal mereka pernah tular sebelum ini. Melibatkan pemimpin UMNO daripada Tawau yang juga orang kuat Timbalan Ketua Menteri Sabah ketika itu, Bung Mokhtar.
Ghazali Ansing adalah CEO CTTC yang bertanggungjawab membina 400 menara baru dibawah Jalinan Digital Negara (JENDELA).
Bagaimana pun setelah perjanjian dimeterai iaitu projek diberikan kepada CTTC. Pengerusi CCTC telah menjual saham CCTC kepada syarikat dari Semenanjung sebanyak 45%.
Sebab itulah timbul cerita panas yang mendakwa 80 juta telah dibekukan oleh SPRM dalam akaun peribadi si Ghazali.
Kamu tahu ke? CCTC adalah anak syarikat Qazanah milik kerajaan negeri Sabah.
Secara hierarkinya bukan siapa siapa bha Ghazali tu tanpa orang kuat di belakangnya. Walaupun si Ghazali juga kaki paw tapi bosnya lagi pekat.
Sama ada ia kebetulan atau tidak.
Baru saja semalam badut UMNO mengugut akan membuat laporan polis dan mendakwa admin di Mahkamah, berhubung isu towel ini di blog Jalin Luin. Secara Tidak Langsung Bung Akui Gagal Sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah
Hari ini sudah ada kenyataan rasmi dari Menteri Persekutuan. Macam ada yang tolong jawabkan. Inilah buktinya dakwaan admin tidak memfitnah mana mana pihak.

KUALA LUMPUR: Syarikat yang culas, lewat dan gagal menyiapkan projek pembinaan menara telekomunikasi bagi Inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 di Sabah dan Sarawak diberikan amaran terakhir.Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata syarikat terbabit perlu segera menyiapkan menara itu kerana ini membabitkan duit rakyat dan bukannya projek komersial.
“Mereka telah mendapat ‘signal’ (isyarat) yang jelas daripada saya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Komunikasi, sekiranya dalam bulan-bulan yang akan datang, mereka tidak menepati garis masa yang mereka sendiri telah tentukan, maka kita akan ambil tindakan tegas.
“Ada dalam kalangan mereka telah mendapat kontrak sejak Januari 2022, tempoh pembinaan menara sembilan bulan tetapi kita telah jauh melepasi tempoh tersebut. Setiap negeri ada dua ke empat syarikat yang terbabit,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Kita MADANI peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, di sini hari, ini.





















