Bung Kau Baca Baik Baik, Bukti UMNO Subahat Dengan Si Albert Ugut dan Kuasai Mineral Sabah

Bila pemimpin UMNO yang sah sah terbukti maling, Bung Mokhtar. Menuduh orang lain pula yang rasuah, sedangkan belum ada seorang pun pemimpin GRS diheret ke Mahkamah sekaligus didapati bersalah, mencuri wang rakyat.

Apa lagi dibicarakan di Mahkamah berkaitan tuduhan si Perasuah Albert Lie, orang Cina yang terkenal merasuah dan sangat kurang ajar.

Si Albert dan UMNO ingat rakyat Sabah ni pengecut boleh digugat dan diugut hingga sanggup mengorbankan kekayaan negeri Sabah. Dupang!

Berbeza dengan Bung Mokhtar dan isterinya jelas bersekongkol mencuri wang rakyat sehingga RM2,8 juta melalui pelaburan di FELCRA. Lalu disiasat oleh SPRM dan Peguam Negara mendakwa mereka di Mahkamah.

Pada 2 September Mahkamah Rayuan mendapati Bung dan isterinya bersalah. Oleh itu  dikehendaki membela diri bermula 9 hingga 11 April tahun depan  jika gagal, kamu tahulah apa nasib mereka.

Jika pun Bung dapat bertahan kerana ada hujah peguam bertentangan dengan undang undang yang sedia atau kes sebelum ini. Tapi saya percaya rakyat Sabah tetap beranggapan kepimpinan UMNO pencuri wang rakyat, ini berdasarkan laporan media perdana sebelum ini yang menceritakan perjalanan perbicaraan skandal FELCRA. Malah menurut sumber yang boleh dipercayai, semasa siasatan, pegawai SPRM berjaya merakam pengakuan isteri Bung menerima wang dari pelabur. 

Yang ingin saya ceritakan disini, pasal penafian sekaligus tuduhan Bung Mokhtar, yang mereka tidak berkomplot dengan si Perasuah Albert Lei dan tidak terlibat dengan video yang dirakam sendiri oleh si Albert semasa bersembang dengan beberapa Adun kerajaan.

Mula mula si Albert menawarkan wang ringgit kepada Adun sebagai dana parti atau hadiah. Selang beberapa waktu, si Albert mengemukan permohonan hampir sejuta ekar tanah untuk diteroka mineralnya. Bila Ketua Menteri Hajiji  meneliti permohonannya didapati terlalu banyak dan lengkap, macam ada orang dalam atau pemimpin dari Malaya membantu menyediakan dokumentasi.

Makanya sejak dari awal barua UMNO, Si Albert Lie memasang helah bagi menghadapi kemungkinan permohonannya ditolak, seperti mana rakaman video.

Untuk makluman si Albert Lie Cina berasal dari Pahang negeri terluas di Malaya dan menjadi kroni pemimpin UMNO Pahang.

Saya mau simpulkan tuduhan si Bung semasa ditanya dalam satu majlis politik UMNO.

Bung cakap, yang membincang projek GRS, pengerusi yang mengagihkan projek GRS yang tertangkap dalam video GRS bukan UMNO. UMNO adalah pembangkang yang mengambil kesempatan.

Oleh itu dakwanya Bung lagi GRS adalah kerajaan yang gagal.

Putunganmu bha Bung, ada hati menuduh GRS kerajaan gagal. Sedangkan hanya era kerajaan GRS, ekonomi Sabah meningkat, pengangguran berjaya dikurangkan, pelbagai bantuan kepada rakyat dan pelajar diperkenalkan. Berbanding semasa kerajaan Warisan dan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah, kerosakan jalan raya gagal dikurangkan, masalah air semakin kritikal. Satu satunya sepanjang sejarah Sabah seorang Timbalan Ketua Menteri Sabah terbabit rasuah dalam projek yang totally untuk rakyat iaitu  skandal Syarikat Culas Siapkan Menara Telekomunikasi Di Sabah dan Sarawak Diberi Amaran Akhir

Memanglah pemimpin GRS yang berbincang dan mengagihkan projek memandangkan GRS adalah kerajaan negeri. Justeru pemimpin GRS jugalah yang berada dalam rakaman si babi Albert Lie.

Lalu apa yang menjadi kesalahan disana? tak kan pula pemimpin UMNO dan Warisan yang berunding dan mengagihkan projek. Hancurlah Sabah kalau begitu, untung saja bukan ketua Menteri dari UMNO atau Warisan yang diugut oleh Albert Tei, kalau tidak, saya amat yakin satu juta ekar tanah yang dipohon akan diberikan supaya video yang dimaksudkan tidak didedahkan kepada umum.

Nah silap kau Albert ini Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji lah, biar putih tulang jangan putih mata.

Benar ada rakaman video membabitkan beberapa pemimpin GRS. Namun yang wajib ditanya dan dijadikan modal oleh pembangkang.

Berapa juta wang rakyat Sabah berjaya diambil oleh si Albert Lie dan kuncunya. Paling penting berapa ekar tanah berjaya diambil oleh si Albert babi?

Soal tuduhan UMNO bersekongkol dengan si Albert.

Mestilah UMNO bersekongkol dengan Albert Lie. Nilaikan beberapa rentetan sebelum ini, satu ketika Zahid Hamidi terserempak dengan KM Hajiji dalam satu majlis. Zahid bertanya, bagaimana kerjasama dengan UMNO. KM Hajiji menjawab tengok keadaanlah. Zahid Hamidi menjawab kalau begitu tunggu khabar gembira dari UMNO.

Tidak lama selepas itu, Malaysiakini menerbitkan artikel berkaitan si Albert Lie dan Jontih, mengugut akan menyebarkan video. Dalam masa sama tersebar gambar Bung Mokhtar bersama Albert Lie.

Naim anak si Bung Mokhtar tiba tiba menawarkan jawatan ketua menteri Sabah kepada Jeffery Kitingan, menggantikan KM Hajiji Noor.

Secara logiknya berdasarkan senario itu, tidak  boleh dinafikan lagi UMNO Bung Mokhtar dan Zahid adalah rakan subahat Albert Lie mengugut kerajaan dan kepimpinan GRS untuk menguasai kekayaan Sabah.

Kalau pemimpin UMNO benar ada harga diri. Tidak perlu sudah kepimpinan UMNO menafikan keterlibtan mereka. Bukan tidak biasa, selain skandal FELCRA yang mendapati Bung makan rasuah. Dijangka tidak lama, skandal tiang pencawang akan dibawah ke Mahkamah, juga membabitkan pemimpin-pemimpin UMNO.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading