Secara Tidak Langsung Bung Akui Gagal Sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah

Bung Mokhtar antara pemimpin UMNO yang tidak lagi relevan dilanjutkan usia politiknya. Ia disebabkan beberapa faktor yang merugikan pengundi dan negeri ini. Apa lagi di Semenanjung UMNO sudah ditolak oleh majoriti orang Melayu.

Katakan jenis portfolio yang pernah disandang oleh Bung pasti terpalit dengan skandal melibatkan dana rakyat. Skandalnya bukan cerita kedai kopi macam yang dicanang oleh pemimpin dan badut Warisan ke atas kerajaan GRS. Tapi skandal muncul setelah siasatan SPRM dijalankan dan dibicarakan di Mahkamah.

Manifesto menunaikan Perjanjian Malaysia 1963 semasa PRK Kimanis sehingga saat ini tiada bunyi. Antara faktor utama lain kenapa Bung wajar direhatkan, suka menabur janji kosong setiap kali pilihan raya.

Pihak pendakwaan tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang memenangkan Bung dalam perbicaraan rasuah FELCRA. Oleh itu pihak pendakwa akan mengemukan rayuan agar Bung dan isterinya dibicarakan semula.

Bung gagal memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah yang memegang portfolio menteri JKR Sabah.

Sebagai menteri JKR Sabah, banyak jalan raya rosak tinggalan kerajaan Warisan yang tidak dibaiki, terutama dari Telupid ke Kinabatangan.

Menyamakan jalan raya Telupid ke Kinabatangan seperti di bulan, berlaku semasa Bung Mokhtar berjawatan timbalan ketua menteri Sabah (Menteri JKR Sabah) yang dicanang badut Warisan yang membawa lori lebih muatan.

Tidak ada perubahan ketara semasa Bung dalam kerajaan negeri Sabah yang ketara pasal siasatan SPRM ke atas wang 80 juta yang dikaitkan dengan Ketua Bahagian UMNOP Tawau, Ghazali, merupakan orang kuat Bung Mokhtar.  Dalam skandal pencawang membabitkan syarikat Common Tower Technologies Sdn Bhd,

Berdasarkan cerita politik terkini, 300 juta yang diperuntukkan kepada timbalan ketua menteri Sabah ketika itu rupanya bermasalah. Dimana walaupun peruntukan telah dibelanjakan tapi rakyat tidak merasa projek apa yang telah dijalankan.

Peruntukan 300 juta itu juga gagal diambil kesempatan oleh kaki projek yang membuntuti Bung ke mana mana. Sebab semuanya disapu oleh kerabat timbalan ketua menteri ketika itu.

Hari ini setelah dibuang dari kerajaan negeri, pandai pula Bung memburukkan kerajaan GRS yang telah menyambung kehidupannya. Kononnya kerajaan GRS gagal membangun negeri dan rakyat tidak masa perubahan.

Begitulah sikap Bung yang hipokrit dan cuba lari dari tanggungjawabnya semasa bersama kerajaan GRS.

Bung dalam satu majlis politik UMNO di Sugud. Mendakwa kerajaan GRS tidak membawa perubahan kepada rakyat. Tuduhan bohong, mari saya beri sedikit penjelasan.

Antara kejayaan ketara yang dibanggakan oleh rakyat Sabah dan sepatutnya turut dibanggakan oleh Bung Mokhtar ialah meneruskan projek Pan Borneo yang dihentikan oleh Shafie Apdal.

Sampaikan Bung ketika itu membodoh bodohkan pemimpin dan kerajaan Warisan kerana membatalkan pembinaan projek Pan Borneo.

Pembinaan Flyover Sepanggar disiapkan oleh kerajaan GRS. Semasa ini Bung adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah. Mungkin juga dia tidak terlibat sebab itulah dia mendakwa kerajaan GRS tidak membuat perubahan.

Bung mendakwa kerajaan GRS gagal menangani masalah air. Alah dia sendiri yang cakap gangguan air di Sabah hanya selesai jika ada RM13 bilion dari persekutuan. Maksudnya gangguan bekalan air di Sabah bukan kerana kelemahan kerajaan GRS tapi peralatan yang digunakan sudah terlalu usang selain perlu ada penambahbaikan.

Semalam badut UMNO mengangkat cerita 100 juta yang diberikan kepada Sabah bagi menyelesaikan masalah air setelah Bung meroyan di Parlimen. Kononnya!

100 juta yang dimaksudkan oleh badut bukannya peruntukan percuma tapi sebenarnya dalam bentuk geran akan dikira sebagai hutang kerajaan negeri. Ertinya Bung sekali menambah beban kerajaan GRS. Hahaha!

Untuk lebih tahu kemajuan yang telah dicapai oleh kerajaan Hajiji dan para menterinya klik link dibawah.

One thought on “Secara Tidak Langsung Bung Akui Gagal Sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah

Add yours

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading