Sabah Terus Kerjasama Dengan KDN Perhebat Usaha Perangi Dadah

Bukan macam pembangkang Warisan terkenal sangat gila kuasa dan gila projek mega sejak dari era UMNO.

Gejala dalam masyarakat tidak menjadi keutamaan Shafie sejak dari dulu, apa yang penting undi tetap pada calonnya.

Sebab itu kalau ada yang mengamati politik Warisan atau lebih khusus politik Shafie.

Pernah kamu dengar dalam hidupnya bercakap soal dadah dan jenayah lain sedangkan daerahnya sendiri menjadi penyumbang kadar jenayah di Sabah?

Warisan selaku pembangkang hanya rajin mempolitikkan perjanjian Malaysia dan angan angan memajukan Sabah. Itu pun kalau berkuasa kalau tidak, seperti sekarang lah, menjadi pembangkang makan gaji buta.

Kawasan sendiri tidak di jaga dan untuk menutup kegagalan mereka selaku wakil rakyat, hanya perlu menyalahkan kuasa kerajaan negeri.

Sedangkan semasa Warisan menjadi kerajaan negeri, apa yang mereka telah buat? malah waktu itu kadar jenayah meningkat.

Betul betul Warisan ni politik terbangsat semoga Allah menyatakan pada mereka.


TAWAU: Kerajaan Sabah akan terus bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memperhebat usaha memerangi penyalahgunaan dadah, serta menyokong penuh inisiatif yang dapat mengurangkan masalah dadah di negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau juga mahu semua agensi yang berkaitan seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Majlis Belia Sabah (MBS), agensi persekutuan dan negeri, sektor swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) bergerak secara bersama, bagi memastikan program pendidikan pencegahan dadah dapat dilaksanakan khususnya di kawasan berisiko tinggi.

โ€œSaya amat mengambil berat akan pelan pembangunan belia berisiko, terutamanya dalam isu penagihan dadah, saya mengambil maklum mengenai pemerkasaan program kesedaran awam mengenai salah guna dadah dalam kalangan belia, saya percaya MBS dan badan gabungannya mampu menjadi faktor pelindung kepada belia berisiko,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Shahelmey Yahya ketika merasmikan Program AADK Bersama Masyarakat sempena Peringatan Hari Antidadah Peringkat negeri Sabah 2024 di Dataran Majlis Perbandaran Tawau, di sini hari ini.

Hajiji berkata kerajaan negeri memandang serius usaha membangunkan modal insan di Sabah, agar seiring dengan komitmen pembangunan modal insan sebagai salah satu daripada agenda dalam Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

Beliau berkata bagi memastikan golongan belia terpelihara daripada ancaman dadah dan pelencongan sosial, beberapa usaha telah digariskan seperti Program Perintis Muda di bawah MBS bertujuan pembangunan bakat dan potensi selain pembangunan keusahawanan dalam kalangan belia berisiko.

Hajiji berkata pembinaan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik di Tawau, merupakan usaha kerajaan untuk menyediakan kemudahan dan akses program rawatan dan pemulihan berkaitan dengan dadah, kepada mereka yang memerlukan.

โ€œSyabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam usaha ini, cadangan pembinaan sebuah PUSPEN baharu di negeri ini bermula sejak tahun 2019 lagi dan akhirnya ia menjadi kenyataan, apabila berjaya diwartakan pada tahun lalu.

Dengan siapnya kemudahan itu nanti, ia memudahkan mereka yang berada di sekitar pantai timur Sabah, untuk mendapatkan akses rawatan dan pemulihan yang menyeluruh seperti ditawarkan di PUSPEN Papar,โ€ katanya.

Pada pagi tadi Shahelmey yang mewakili Hajiji, menyempurnakan majlis pecah tanah PUSPEN Tawau yang terletak di kilometer 57.6 (batu 36) Jalan Tawau-Kunak, menjadikan bakal pusat kedua di Sabah selepas PUSPEN Papar.

https://thesun.my/cerita/berita/sabah-terus-kerjasama-dengan-kdn-perhebat-usaha-perangi-dadah-ED12444099

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading