Lombong Emas Balung Sah (legal) Ada Kelulusan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah

Okey kita teruskan kritikan balik demi menegakkan kebenaran sekaligus MEMBUKTIKAN tuduhan yang dilemparkan oleh laskar atau badut parti Warisan tidak lebih dari persepsi mereka setelah mendengar berita atau terbaca bahan yang merujuk kepada kerajaan GRS.

Kadang kadang kalau kita lihat tindakan mereka selepas itu macam lebih sudu dari kuah pun ada. Bikin kesian, sanggup menjadi mangsa keadaan hanya kerana sokongan yang tidak jelas dan percaya pada kenyataan pemimpin Warisan yakni Adun Merotai, Sarifuddin yang terdesak mencari isu untuk dipolitikkan.

Sebelum ini, saya di mentioned oleh badut Warisan berkaitan perlombongan emas di Balung. Dimana penyokong Warisan mendakwa lombong emas di Balung tidak sah di sisi undang-undang atau tidak ada kelulusan dari Jabatan yang bertanggungjawab.

Kelihatan beberapa ketul penyokong Warisan menunjuk perasaan, kononnya lombong itu tidak mendapat kelulusan dari Jabatan kerajaan. Oleh itu mereka akan menghalang lori lori dari lombong yang melalui kawasan mereka.

Nah ok lah, harap selepas ini badut badut itu menghalang pergerakan lori lori berkenaan. Tapi jangan menyesal kelak meringkuk dalam penjara hanya kerana ingin menaikkan parti Warisan. Sedangkan majoriti rakyat Sabah sedia maklum kerajaan Warisan adalah kerajaan yang gagal.

Perlu diingat kerajaan GRS adalah kerajaan yang akur pada undang undang yang sedia, tidak seperti Warisan, kerajaan cowboy.

Ok lombong emas di Balung adalah perlombongan yang sah di sisi undang undang atau telah mendapat kelulusan dari pihak yang berwajib. Seperti mana kenyataan media Pengarah Tanah dan Ukur merangkap Ketua Merinyu Galian, Bernard Liew Chau Min yang bertanggungjawab tentang perlombongan di negeri Sabah.

Bahawa lombong tersebut adalah sah (legal) dan tidak ada perintah yang dikeluarkan untuk menghentikan operasi lombong di bawah Ordinan Perlombongan Sabah 1960.

Terlanjur badut Warisan mempolitikkan ekonomi Sabah, bagaimana pula jika pihak yang berwajib pula menyiasat mykad mereka.

2 thoughts on “Lombong Emas Balung Sah (legal) Ada Kelulusan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah

Add yours

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading