
Ini cerita yang sebenarnya tidak seperti yang cuba dipolitikkan oleh Adun Merotai si Sarifuddin Hatta. Yb eksport import sebelum menjadi Yb Warisan.
Semalam Adun ini sengaja mendakwa kejadian beberapa individu telah di tahan di lapangan terbang Tawau, setelah kononnya gagal menunjukkan surat kebenaran membawa atau membeli emas yang membolehkan mereka terlepas dari pemeriksaan.
Justeru Adun Merotai menggesa pihak Kastam supaya tampil membuat penjelasan. Jika tidak ini akan merugikan kerajaan negeri.
Amboi yang merugikan kerajaan bila kau berniaga secara haram seperti contoh menjual minyak masak atau petrol subsidi ke negara jiran Indonesia. Ini baru merugikan bukan hanya rakyat negeri Sabah yang rugi tapi rakyat Malaysia secara umumnya.
Inilah juga akibatnya bila Polis Airport atau Polis bantuan gagal memahami tugas mereka atau undang undang. Tidak pasal menjadi modal pembangkang, apa lagi pembangkang buta kayu dan tidak malu walau berkali kali kantoi seperti Adun Warisan ini.
Sebelum ini Adun Merotai juga ada membuat tuduhan yang tidak berasas berkenaan perlombongan emas di Tawau. seperti link ini.
1. Adun Merotai, Sarifuddin Hata Bohong Tin Kosong – Aktiviti Lombong Emas Bukit Mantri, Tawau
2. Lombong Emas Balung Sah (legal) Ada Kelulusan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah
Kali ini juga nampaknya Adun Merotai kantoi mengada ngada, ini berdasarkan penjelasan pihak Kastam seperti berikut.
Bahawa pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia Zon Sabah pada 6 Februari 2024, pada jam 11 pagi, telah menerima serahan barangan jongkong emas daripada Pihak Polis Bantuan Lapangan Terbang Tawau.JKDM Zon Sabah telah menjalankan siasatan lanjut dan mendapati jongkong emas adalah tidak tertakluk kepada Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023, Perintah Kastam (Larangan mengenai Eksport) 2023 dan Permit Pergerakan di bawah Perintah Kastam (Larangan Pemindahan) 2022.Sehubungan dengan itu, JKDM dengan ini mengesahkan bahawa tiada pelanggaran terhadap Akta Kastam, dan/atau Perundangan subsidari yang dibuat dibawah Akta Kastam 1967. Oleh yang demikian, barangan terbabit telah dikembalikan kepada pembawa.






















