Kebetulan waktu saya balik kali ini, cerita pasal jalan rosak dari Telupid ke Kinabatangan seterusnya ke Sandakan rancak dimainkan oleh badut-badan Warisan dan UMNO Sabah.
Kita maklum matlamat mereka hanya satu, cuba memburukkan agenda Sabah Maju Jaya yang berada di landasan yang tepat. Walhal agenda Sabah Ubahlah yang gagal, tidak menunaikan janji dan kurang melakukan kebaikan walaupun ke atas penyokong
Warisan itu sendiri, apa lagi bukan penyokong mereka.
Begitu juga dengan Bung Mokhtar selaku Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri JKR waktu itu dia gagal memikul tanggungjawabnya. Buktinya jalan raya rosak teruk di Kinabatangan hingga menjadi modal badut Warisan untuk memburukkan kerajaan GRS sedangkan yang meninggal akibat kegagalan Bung membaiki jalan adalah komuniti Kinabatangan. Pelik memang!
Sebelum bergerak saya berazam akan merakam sedikit keadaan jalan raya yang saya lalui nanti. Terutamanya di kawasan yang mungkin viral atau jalan jem kerana kerja kerja membina jalan raya atau kerja kerja pembaikan sedang rancak berjalan. Tapi yang digambarkan oleh pihak Warisan dan UMNO seolah ada sinkhole buatan yang sangat bahaya untuk dilalui.
Sampai di lokasi yang saya tidak jangkakan, saya mulai merakam keadaan jalan raya. Ternyata ia adalah keadaan yang normal memandangkan kerja pembesaran jalan dan pembaikan sedang berjalan rancak, apa lagi waktu dalam keadaan hujan.
Yang peliknya jalan yang sudah dibaiki dan selesa dilalui, tidak pula diangkat dan diviralkan oleh badut badut pembangkang?
Sangat “bias” dan munafik pembangkang adalah sikap yang hanya merosakkan pentadbiran kerajaan GRS. Jika pentadbiran terganggu, nanti siapa yang rugi, sudah tentulah kita rakyat Sabah yang berakal sihat.
Untuk tidak membuang masa kamu dengarlah sendiri, cercaan saya ke atas badut badut pembangkang. Kenapa tidak dicerca, kalau membohong sudah menjadi makanan mereka. Hahaha!






















