
Nah pada penyokong pembangkang parti Warisan yang suka mengada-ngada, menambah nambah keadaan jalan raya di Sabah sekaligus memviralkan kononnya jalan di Sabah macam di bulan. Kamu tonton nanti di video dibawah, baru mungkin selepas itu lahir perasaan bersyukur.
Kerajaan hari ini yakni GRS mengambil tampuk pemerintahan daripada kerajaan Warisan yang memerintah lebih kurang 2 tahun lebih.
Namun Kerajaan Warisan tidak melakukan pembaikan ke atas keadaan jalan raya yang teruk ketika itu. Sama juga dengan Bung Mokhtar yang diberi mandat sebagai menteri JKR juga tidak melakukan apa-apa.
Akibatnya kerajaan GRS yang diketuai Datuk Hajiji terpaksa bermula daripada bawah. Membaiki jalan raya yang sepatutnya tidak lah seteruk hari ini, andai kerajaan Warisan dan Bung Mokhtar sedikit sebanyak membaiki jalan raya rosak.
Tapi tidak apa, ternyata seburuk buruk keadaan jalan raya yang diwarisi dari kerajaan Warisan dan Menteri JKR Sabah tidak lah seteruk jalan raya di negara jiran, Indonesia.
Ternyata disana jauh lebih teruk, rasanya paling teruk di Asia Tenggara.
Di Sabah ni jalan rosak teruk kerana pengguna jalan raya ada yang tidak bertanggungjawab. Seperti contoh lori membawa lebih muatan, ironinya puak ini juga yang rajin memviralkan video jalan raya yang mereka ambil.
Macam ada konspirasi ya, antara perosak jalan di Sabah dan Sopeng di Sulawesi Indonesia. Hahahah!






















Leave a Reply