
Cepat benar Setiausaha Agung parti Warisan, Loretto Padua mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menyokong tangkapan pihak Polis ke atas seorang kartel dadah yang didakwa ada hubungan sosial dengan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Aziz Jamman dan Pegawai Khasnya, Jasni.
Setiausaha Agung Warisan mengucapkan tahniah atas kejayaan pihak Polis menangkap kartel Dadah atau Datuk Uppik. Dan menyerahkannya pada Undang Undang atau pihak Polis untuk bertindak lebih lanjut ke atas pemimpin politik yang bersekongkol. Pemimpin-pemimpin Warisan tu kan, siapa lagi.
Pertama kali dalam sejarah kepimpinan Warisan mereka bercakap soal dadah. Pelik dan lucu, mereka mulai nampak rentetan isu ini, parti Warisan akan ditolak kaw kaw bukan hanya oleh rakyat biasa tapi juga oleh ahli Warisan itu sendiri.
Semalam Timbalan Ketua Polis Negara dalam sidang media menjelaskan kartel dadah yang dikenali sebagai si Uppik berserta 10 lagi yang lain telah ditahan bagi menjalani siasatan yang lebih lanjut. Klik link dibawah:-
Polemik kartel dadah dan hubungannya dengan pemimpin parti Warisan, tercetus bilamana wartawan bertanya pada Timbalan Ketua Polis Negara, ada ke kartel dadah berkenaan ada hubungan dengan pemimpin politik. Timbalan Ketua Polis Negara tersenyum dan menjawab siasatan sedang dijalankan.
Hakikatnya kerjasama Si Uppik dan kepimpinan Warisan bukan lagi rahsia. Ia telah terbukti dan tersebar sebelum ini, seperti link ini. https://sabahkini2.org/en/news/5857/kartel-dadah-terbesar-sabah-didalangi-dato-seri-maslan-sani-ngo-pakat-tumpas/view
Baru ini kali kepimpinan Warisan tampak sibuk akibat dadah syabu, selama ini mereka hanya membisu.
Banyak kes dadah sebelum ini yang dikaitkan dengan orang Warisan tapi tidak diulas, seperti contoh satu ketika tangkapan telah dibuat ke atas seorang individu bersama dadah syabu di Semporna, tapi terlepas kerana ada orang berpengaruh dalam kerajaan negeri yang dikuasai parti Warisan.
Akibat takut kehilangan undi, kepimpinan Warisan Semporna tidak pernah menyentuh gejala dadah yang semakin teruk dalam masyarakat. Ini kerana mereka sedar ramai dikalangan penyokong Warisan di daerah itu yang terlibat dalam kegiatan yang bertentangan dengan undang undang.
Jadi bagi mengekalkan sokongan jangan sentuh soal dadah dan kegiatan jenayah lain. Biarkan mereka terus bergelumang yang penting undi mereka tidak berpindah. Sebab itulah walaupun pejabat AADK di daerah Semporna di tutup ia tidak pernah menjadi isu kepada wakil-wakil rakyat Warisan Semporna. Teruknya kepimpinan ni. Puiii!






















Leave a Reply