
Ini lagi satu kenyataan konyol dari wakil rakyat Warisan, Adun Merotai Sarifuddin Hata. Nampak sangat tidak pandai kerja dan gagal mengutip pengalaman sebagai bekas Pembantu Menteri Kewangan Sabah era kerajaan Warisan.
Dulu pun semasa menjadi ‘Menteri” dalam kerajaan Warisan tidak ada satupun kenyataan atau kerjanya yang membawa manfaat kepada negeri dan rakyat Sabah. Kalau ada sebutkan satu saja?
Hari ini setelah menjadi tukun pembangkang, dia punya sembang bukan main lagi, seolah olah benarlah dia itu spesis prihatin. Prihatin apanya kalau pernah dikaitkan kerja kerja penyeludupan minyak ke negara jiran.
Dia baru ini dalam sidang DUN Sabah mempersoal berkenaan operasi melombong emas di Bukit Mantri Tawau. Kerna kononnya operasi lombong emas itu adalah haram sebab tidak kononnya mendapat kelulusan dari Jabatan Manirel dan Geo Sains, Malaysia.
Sebenarnya selama lombong berkenaan beroperasi memang ada kelulusannya yang dipersoalkan oleh si Sarifuddin ialah setelah lesennya tamat tempoh pada Oktober baru ini. Tapi betul ke selepas tamat tempoh tidak lagi mendapat kelulusan dari Jabatan yang bertanggungjawab.
Dalam pada itu dia sebenarnya mengakui implikasinya dari sudut ekonomi Sabah jika operasi perlombongan berkenaan dihentikan. Kalau tidak kenapa isi surat dari Jabatan Tanah Dan Ukur di dedahkan? Disebut jika perlombongan dihentikan maka Sabah akan mengalami kekurangan hasil sehingga 5%. Sepatutnya jangan lagi dia bangkitkan terus saja nampak bodoh dan mengada ngada.
Ada hati mangkuk ni mengabaikan ekonomi Sabah, hanya supaya dilihat cerdik dan prihatin sedangkan dia sendiri tidak tahu kebenarannya.
Dibawah kebenaran yang sebenar benarnya.
Sarifuddin oiii, kau itu berpolitik Warisan yang selama ini menuntut supaya kuasa negeri yang bertentangan dengan perlembagaan persekutuan dipulangkan balik. Tapi sekarang bertuankan Malaya?
Kau tahu ke kuasa melombong hasil alam di Sabah bumi bertuah ini berada dalam KUASA mana mana kerajaan negeri, termasuklah kerajaan GRS hari ini. Baca link dibawah, kuasa melombong itu dibawa siapa?
https://www.sabahgazette.com/sabah-masih-ditadbir-ordinan-perlombongan-sabah-1960/
Si Sarifuddin tidak baca ke jawapan bertulis yang telah diberikan oleh Yb Abidin.
Sepatutnya sebelum dia beretorik dan minta puji dalam isu seperti ini. Dia cari dulu sumber yang sahih dan baca serta fahamkan, barulah boleh berlagak sangat prihatin terhadap alam sekitar. Bikin geli saja mangkuk ni.
Tertulis dalam jawapan bertulis bahawa aktiviti perlombongan emas itu adalah sah dan mematuhi keperluan undang undang yang berkuatkuasa, dimana ia telah mendapat kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment – EIA). Manakala pembaharuan Skim Pendendalian Melombong (SKSPM) dalam pertimbangan Jabatan Manirel dan Geosains Sabah. Itu bererti tidak ada pihak yang bercadang untuk memberhentikan aktiviti perlombongan selaras dengan peraturan atau undang-undang yang sedia ada.


Apa makna surat jawapan bertulis diatas? Bermakna tidak timbul tu perlombongan haram seperti yang didakwa oleh Adun Merotai.
Surat yang dibaca Adun Merotai itu juga hanyalah implikasi jika tidak ada pemantauan semasa perlombongan dijalankan. Jika ada apa juga masalahnya seperti juga di negara-negara lain, mereka ada lombong emas dan tidak menjadi masalah sebab ada pemantauan yang memelihara alam sekitar. Tapi Si Sarifuddin itu mengada-ngada gambaran negatif itu yang diketengahkan yang bertujuan jahat supaya kerajaan GRS ini di lihat gagal.
Kamu baca habis kenyataan penuh Pengarah Tanah dan Ukur, Ketua Merinyu Galian Datuk Liew dibawah yang disalah tafsirkan oleh si mangkuk Sarifuddin.
Baca jugaa surat pembatalan pemberhentian aktiviti lombong emas dari Jabatan Manirel Dan Geosains Malaysia, Sabah yang bertarikh 08 November 2023. Jadi kau Sarifuddin telah memfitnah kononnya lombong emas di Bukit Mantri Tawau telah dihentikan tapi masih beroperasi.



Alam sekitar konon dulu masa kerajaan Warisan mereka menyokong penuh pembinaan Ibu Kota baharu Indonesia yang terletak di Kalimantan. Sedangkan pembinaannya menjadi isu alam sekitar bukan hanya di dalam negara tapi juga di peringkat antarabangsa.
Pihak Warisan jangan kamu buat buat lupa ya. Pemimpin mana yang kantoi menerima jongkong emas dari tauke lombong. Kalau bukan pemimpin Warisan. Jual Emas RM25 Juta, 6 Individu Termasuk Datuk Direman, Melibatkan Kerajaan Warisan






















Kamu percaya mulut si Jalin Luin ni. Kalau kita tilik baulat. Nanti besok-besok di padang mashyar penuh giuk bibirnya. Siap ada lagi bagayut arah bubirnya atu..Ngamlah namanya tu jalin. Macam-macam makhluk dia boleh jalin sama dia. Asal poket berisi dia boleh jalin. Kalau poket tdk diisi tiada jalin.
Bab mana saya memfitnah ni? Saya bagi kau hadiah apapun kalau kau boleh buktikan mana mana tulisan telah memfitnah pemimpin Warisan, seperti contoh.
Kau ingat wakil rakyat Warisan itu tidak ada gaji ke? Tapi makan gaji buta.
Jangan sanggup bodoh hanya kerna saudara tidak tahu apa apa.