Pemandu Lori Tidak Bertanggungjawab Tapi Ketua Menteri Sabah Yang Disalahkan Macai Dasar Atitud Kelas Ketiga

Ketika ini laskar Warisan sedang menyebarkan gambar yang menunjukkan jalan aspal di Sandakan mengalami kerosakan. Lalu mereka kaitkan dengan pembaikan yang dijalankan baru baru ini.

Ada ada saja laskar Warisan ni kan? orang kata tiada rotan akar pun jadilah.

Sepatutnya macai berkenaan mempersoalkan.

Siapa yang merosakkan jalan berkenaan? dan siapa yang wajar dipertanggungjawabkan. Supaya hal yang sama tidak berulang. Tapi tidak tetap menggigit kerajaan atau Ketua Menteri Sabah.

Semakin ketara Warisan selaku pembangkang di Sabah tidak lagi bermanfaat sebagai penimbang.

Hakikatnya siapa pun yang menjadi kerajaan negeri atau siapapun yang menjadi Ketua Menteri Sabah antara tanggungjawab mereka adalah menyediakan dan membaiki prasarana namun bergantung pada peruntukan yang telah ditentukan.

Oleh itu jika berlaku kerosakan jalan raya selepas dibaiki ia tidak boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada pentadbiran kerajaan negeri semata mata. Tetapi agensi yang bertanggungjawab wajar dipersoalkan keberkesanannya. Supaya tidak mengganggu peruntukan yang telah ditentukan kegunaannya.

JPJ sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan sewajarnya menguatkuasakan peraturan ke atas lori perdagangan supaya tidak mengangkut barang lebih muatan. Dengan itu dapat mengelakkan kerosakan jalan dan menyebabkan pembaziran wang rakyat.

Jika tidak nah lama kelamaan peruntukan yang sepatutnya digunakan untuk membina frasarana rakyat terpaksa digunakan untuk membaiki jalan aspal.

Selaku masyarakat Sabah pula mulai hari ini pastikan ambil gambar lori lori yang membawa lebih muatan dan laporkan ke JPJ kalau JPJ tidak bertindak viral kan di media sosial.

Jangan pula terpedaya oleh kebodohan macai Warisan dengan ikut menyebarkan isu yang entah digalakkan oleh macai Warisan.

Kesimpulannya kenyataan macai Warisan itu adalah kenyataan yang sangat bodoh. Ini kerana Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor yang berusaha memajukan negeri Sabah termasuklah mengurus jalan. Tapi beliau pula yang sengaja dipersalahkan oleh pihak Warisan. Dasar politik yang tidak reti diuntung.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading