PM Anwar Puji Kepimpinan KM Hajiji Yang Benar Benar Ingin Memajukan Rakyat Sabah (Video)

Melambung tinggi pujian Perdana Menteri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor. Sebagai pemimpin yang benar benar ingin memajukan negeri dan rakyat Sabah.

Semasa berucap di pesta sambutan Kaamatan peringkat negeri di Penampang, Sabah.

Inilah bukti secara langsung yang dizahirkan oleh seorang Perdana Menteri Malaysia tentang kesungguhan kepimpinan GRS dalam usaha memajukan negeri dan rakyat Sabah.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga tampak bersungguh memartabatkan perjanjian Malaysia 1963, bila menyatakan dengan jelas, inilah masanya generasi ini merealisasikan perjanjian itu. Dimana sebahagiannya telah di peringkat akhir atau diselesaikan dengan baik.

Terima kasih setinggi tingginya kerana saudara saya Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji ini nampak sangat prihatin sampai pukul 1.00 pagi, saya sampai satu 1 setengah pagi dia masih bicara soal projek projek rakyat, terima kasih. Sampai saya kata Hajiji boleh saya pergi tidur sekarang. Inilah kita nak pemimpin pemimpin bukan pemimpin minta umpamanya tempat saya dia kata ada tak projek untuk saya, ada tak saham untuk saya tapi saudara Hajiji ada tidak tambahan projek untuk rakyat Sabah

Jangan nafikan, hakikatnya Anwar Ibrahim mengenali Ketua Pembangkang Sabah, sebab selama ini orang kuatnya yang membongkar banyak skandal projek dalam Kementerian KKLW. Justeru itu telah menjejaskan kepercayaannya. Jadi dalam Perdana Menteri Anwar memuji kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor dan kerajaan negeri ada sinis yang ditujukan pada ketua politik Warisan.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading