
Saja dijadikan bahan blog ini walaupun ia berkaitan dengan UMNO yang tidak relevan. Parti yang dikuasai hanya oleh seorang bekas PATI dari Jawa, bak kata Zaharin Yasin bukan saya yang kata Zahid itu PATI.
Hishammuddin bertanya dan pening kepala, apa nak jadi dengan UMNO. Bilamana UMNO mengheret Menteri KDN untuk meluluskan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan.
Nak jadi apa, Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO akan melakukan apa yang difikirkan perlu bagi memastikan kedudukannya tidak tergugat selaku Presiden dengan memperalatkan parti UMNO.
Zahid Hamidi sedar orang seperti Hishammuddin, KJ dan Ismail Sabri dan seumpamanya akan tetap setia pada UMNO walaupun mereka telah dipecat. Dalam erti kata lain walaupun UMNO bakal rosak di bawah pentadbiran Zahid Hamidi, ada juga orang lain yang akan memulihkannya itu Hishammuddin so fikir-fikirkanlah. Rakyat dah penat UMNO oiii, mereka ibarat memelihara biawak hidup.
Berita Harian) – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mempersoal apa yang sedang berlaku kepada UMNO selepas didakwa mengheret Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ke dalam polemik terbabit.
“Apa dah jadi dengan UMNO? Sekarang diheret pula Menteri KDN (Kementerian Dalam Negeri).
“Inilah sebab kita dipecat dan digantung, ‘just in case’ menteri tak bagi pengecualian,” katanya di ruangan komen ciapan Twitter oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Hishammuddin kini digantung keahlian UMNO selama enam tahun, manakala Khairy pula dipecat daripada parti itu pada Januari lalu.
Polemik membabitkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertanding bermula selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 meluluskan usul tambahan yang didakwa tidak mengikut prosedur.
Susulan itu, pada 20 Januari lalu, dua ahli UMNO memfailkan notis bantahan kepada RoS berhubung ketetapan PAU 2022 untuk tidak mempertanding dua jawatan itu yang didakwa tidak sah dan bercanggah dengan perlembagaan parti.
Bagaimanapun, Saifuddin Nasution dalam satu kenyataan memaklumkan, KDN memberi pengecualian kepada UMNO daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966, berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti tahun ini.
Keputusan itu diberi mengikut Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 yang memperuntuk menteri boleh menggunakan budi bicaranya untuk mengecualikan mana-mana pertubuhan berdaftar daripada semua atau mana-mana peruntukan dalam Akta Pertubuhan 1966.
Seksyen 13(1)(c)(iv) akta berkenaan pula memperuntuk pendaftar boleh membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan berdaftar yang didapati melanggar secara sengaja mana-mana peruntukan atau peraturan dalam akta itu.