UMNO Hilang Telur, Takut Pecat Shahelmey dan Empat Adun UMNO Sabah

Adun Tanjung Keramat Shahelmey Yahya sehingga saat ini belum menerima sebarang maklumat atau surat daripada pucuk pimpinan UMNO berkaitan tindakannya membelakangkan keputusan parti UMNO sebaliknya menyokong GRS atau Datuk Hajiji Noor untuk kekal sebagai Ketua Menteri Sabah.

Maksudnya walaupun dia dan kawan kawannya tidak menghormati Ketua UMNO Sabah namun mereka belum lagi dipecat daripada UMNO. Ada yang hilang telur rasanya.

Justeru itu dia minta penyokongnya agar bertenang.

Bertenang dalam erti kata jangan kamu hentam UMNO dulu sebaliknya berikan sokongan pada kerajaan Sabah GRS. Ini kerana GRS adalah kerajaan yang benar-benar dapat membangun rakyat dan negeri Sabah. Bukan lagi UMNO yang diketuai oleh pemimpin korup seperti Zahid Hamidi dan Bung Moktar. ( Lebih kurang begitulah bah apa yang tersirat di hati ini)

Tidak dinafikan perlu juga ada penyokong membabi buta tapi jangan pula seperti penyokong UMNO atau Melayu UMNO.

Semua ditelan asalkan yang membuat kejahatan itu pemimpin pemimpin UMNO dan walaupun mahkamah yang menjatuhkan hukumkan bersalah, masih lagi sengaja tidak percaya supaya rakyat menganggap mahkamah pula yang korup atau bersalah dan UMNO putih seperti kapas.

Manalah bha Zahid Hamidi berani memecat 5 Adun UMNO yang menyokong kerajaan GRS.

Presiden UMNO sedar, Bung Mokhtar tidak berpengaruh di Sabah jadi sekiranya lima Adun berkenaan dibuang maka UMNO ibarat termakan racun ikan buntal. Hahaha!

Seberani berani Melayu UMNO berani lagi orang Sabah dan Sarawak. Jadi jangan gantung gantung, kalau berani pecatlah bukan kah radu tetap radu. Hahaha!

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: