Anifah Aman Hadir Di Majlis Politik Anwar Ibrahim, Tukang Hina Anifah Apa Cerita?

Anifah Aman hadir di majlis kempen pilihan raya ke 15 Anwar Ibrahim di Kota Kinabalu.

Isunya bukan hadir itu sendiri tapi cemuhan yang dilemparkan sebelum ini ke atas Anifah Aman adakah selepas ini si pencemuh akan menjilat balik ludah mereka?

Dalam majlis itu Anifah diberikan kesempatan berucap selaku Presiden parti PCS (parti cinta Sabah).

Dalam ucapannya Anifah macam memuji muji Anwar Ibrahim begitu juga Anwar Ibrahim dalam ucapannya, memuji muji Anifah. Betul tak?

Dalam ucapan Anifah dihadapan Anwar Ibrahim mendedahkan yang Zahid Hamid ada menawarkan dia jawatan sekiranya tidak bertanding Parlimen Kimanis. Kamu nampak kah siapa Zahid Hamidi waktu itu, tidak ubah seperti kuasa seorang Perdana Menteri Malaysia kan? Pendedahan pula dibuat dihadapan Anwar Ibrahim bos jajaran baru.

Ada kemungkinan kerjasama UMNO dan PH akan menjadi kenyataan. Sudah ada bayang bayangnya kan?

Anifah kata semasa dia berada diluar negara kerana tugas sebagai Menteri Luar pada ketika itu. Pemimpin luar negara sering bertanya, bila Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kenyataan Anifah berkenaan mendapat tepukan gemuruh dari penyokong penyokong Anwar.

Sabah adalah sebuah negeri yang kaya dengan sumber alam jadi dengan memberikan 40 persen hasil minyak akan dapat menyediakan peluang pekerjaan di negeri Sabah. Lebih kurang begitulah inti ucapan Anifah selaku Presiden parti PCS. Ucapan yang normal dan lumrah bagi parti parti tempatan, no wonder pun.

Pertanyaannya mungkin kah selepas ini PCS akan menjadi kompenan Pakatan Harapan di Sabah. Kita sama sama tunggu dan diharap mereka yang berkenaan bersedia dengan jilatan yang cun ya.

Pada penyokong atau pemimpin PCS jangan tarik diri dulu nanti tidak pasal pasal mendapat lagi Pai. Itulah macam tidak tahu parti PCS bersifat pembangkang tapi menghairankan mati mati menyokong kenyataan UMNO. Hahaha!

1 komen

  1. Tidak mungkin pkr ph adakan kerja sama dengan parti yang merompak duit rakyat dan mengamalkan rasuah anwar seorang pemimpin yang menolak kerja sama dengan pemimpin mengamalkan rasuah..

    Like

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: