Bubar Parlimen Tergesa-Gesa Ibarat Bunuh Diri – PM Ismail Sabri

Baru semalam Presiden UMNO Zahid Hamidi mendesak supaya pilihanraya umum ke 15 segera diadakan paling tidak beberapa bulan sebelum 2023.

Ini Menurutnya jika lewat daripada itu maka UMNO akan berhadapan dengan kekalahan. Sebab sempat lagi kononnya pembangkang membentuk kekuatan.

Hari ini perdana menteri Malaysia yang juga Naib Presiden UMNO membuat kenyataan yang bertentangan dengan bosnya.

Bahawa jika parlimen dibubarkan dalam tempoh yang terdekat maka UMNO akan mendapat kekalahan atau ibarat bunuh diri.

Macam berani sudah Ismail Sabri ni ya.

Berani ada makna tu sudah tentulah keberanian ini datang dari ahli majlis tertinggi Umno yang berdiri di belakangnya. Terutamanya mereka yang berjawatan dalam kerajaan baik sebagai Menteri mahupun sebagai pengerusi dalam GLC.

Najib dan Zahid Hamidi serta kuncu-kuncunya saja yang tidak tahu. 😂


BERA – Pembubaran Parlimen secara tergesa-gesa tanpa mengambil kira pelbagai aspek termasuk persediaan rapi dan dapatan kajian sama ada Barisan Nasional (BN) boleh menang atau kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), ibarat perbuatan membunuh diri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada guna beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen sedangkan BN belum tentu boleh menang.

Menurutnya, pembubaran Parlimen akan dibuat jika terdapat bukti kukuh BN boleh menang dan kekal berkuasa selepas PRU15 nanti.

“Tarikh PRU15 bukan boleh diumumkan begitu sahaja, banyak perkara perlu diambil kira termasuk, pertama hasil kajian sikap dilakukan oleh Wanita UMNO.

“Jika kita adakan PRU15 tanpa mengambil kira sama ada BN boleh menang tiada gunanya. Bagi saya jika nak adakan PRU15 kita wajib menang jangan jadi macam PRU14 kita kata menang tapi akhirnya kalah teruk.

“Kalau nak sedap kita kena jadi Perdana Menteri, kalau saya jadi Ketua Pembangkang semula tidak sedap,” katanya ketika berucap di perasmian berkelompok Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Bahagian Bera 2022 pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bera itu berkata, PRU15 bukan boleh diadakan begitu sahaja kerana tanpa persiapan rapi, BN akan kalah teruk dan menjadi pembangkang semula.

“Kalau kita silap masuk dan tiada bukti boleh menang PRU15 dan akhirnya kita menjadi pembangkang adalah satu kerugian kepada BN. Sebab itulah saya katakan saya hanya akan bubarkan Parlimen jika ada bukti kukuh BN boleh menang PRU15.

“Saya pernah cakap semasa Konvensyen BN baru-baru ini bahawa saya sedia membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU15 jika kajian sikap dilakukan Wanita UMNO, MIC dan MCA menunjukkan kita akan menang PRU15 nanti. Tiada guna kita masuk PRU15 jika kita tidak boleh menang,” ujarnya.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO menambah, BN juga perlu mengambil kira impak pelbagai isu yang timbul ketika ini termasuk soal kelewatan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) yang hangat diperkatakan.

“Adakah isu ini boleh menyebabkan kemerosotan undi dan BN kalah dalam PRU15 ini? Jadi kita kena tengok kajian sikap adakah orang kampung peduli atau tidak kapal LCS berkenaan belum siap.

“Kalau kajian menunjukkan kesan isu kelewatan pembinaan kapal LCS adalah sama seperti kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dulu, maka kemungkinan kita terpaksa tangguh niat nak adakah PRU15 dalam masa terdekat,” jelasnya.

Susulan itu, Ismail Sabri mengarahkan UMNO Bahagian Bera supaya mula membuka bilik gerakan pilihan raya mulai 1 September ini.

Sumber Sinar Harian

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: