Kalah Menyebabkan Tiga Adun Pura Pura Tarik Diri – Pemilihan Warisan Lahad Datu

Sebelum ini terbit satu artikel berhubung tindakan tiga Adun atau Wakil Rakyat Warisan menarik diri dari pemilihan jawatan parti peringkat Bahagian Warisan, Lahad Datu.

Mereka Adun Tungku, Adun Kunak dan Adun Silam.

Baca Link ini,

Ternyata alasan menarik diri sebab berlaku pergaduhan hanyalah alasan semata-mata

Pada hakikatnya mereka kalah, jadi untuk mengelakkan persepsi buruk dikalanganan ahli Warisan dan masyarakat Lahad Datu, mereka pun membuat kenyataan pura pura menarik diri dari pemilihan parti.

Keputusan untuk jawatan Timbalan Ketua Bahagian Warisan Lahad Datu.

Calon nombor 2 iaitu Yb Dumi hanya mendapat 29 undi berbanding lawannya Kassim Malan mendapat 45 undi. Satu undi rosak.

Manakala keputusan untuk jawatan Naib Ketua Bahagian.

Calon nombor 2 iaitu Yb Norazlina, Adun Kunak hanya mendapat 22 undi berbanding lawannya Merdeka Bolang mendapat 51 undi. Dua undi rosak.

Untuk jawatan Ketua Bahagian Warisan Lahad Datu, undi terpaksa ditangguh dan dikira di peringkat pusat. Ini pun dengar khabar calon nombor satu iaitu Adun Tungku Yb Assaffal juga sebenarnya kalah.

Hal yang sama berlaku di Semporna bila calon Naib Ketua Bahagian Semporna iaitu ayam tambatan Shafie Apdal kalah kepada calon yang tidak ternama.

Apa yang kita boleh simpulkan dari kekalahan ini. Ada tiga,

Satu, orang-orang kepercayaan Presiden Warisan Shafie Apdal tidak lagi diterima oleh akar umbi termasuklah wakil wakil rakyat Warisan.

Kedua, Shafie Apdal selaku Presiden Warisan tidak lagi dihormati oleh AJK Bahagian atau perwakilan dan sudah tentu sebahagian akar umbi.

Ketiga, kalau di pantai timur pun populariti Presiden parti menjunam apa lagi di pantai barat. Sebab itulah jangan terkejut kalau ada pemimpin KDMR Warisan yang bersiap-siap untuk mengambil jawatan Presiden Parti dari Shafie Apdal.

Apa lagi yang tersisa pada Parti Warisan, kalau ahli sendiri menolak nasihat tunggak utama parti Warisan dan jelas disini ahli parti tidak lagi menghormati wakil rakyat mereka.

Lebih baik wakil wakil rakyat itu segera mengucapkan selamat tinggal pada Warisan sebelum pilihan raya umum yang akan datang. Sebab berdasarkan senario ini, besar kemungkinan mereka tidak lagi dicalonkan atau sekalipun dicalonkan akan mendapat tentangan dari dalam dalam dan luar parti.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: