
Sebenarnya sebab Tajuddin dipecat dari ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) adalah kerana mengkritik parti UMNO.
Dipecat kerana mengkritik UMNO, astaga. Masih wujudkah parti seperti ini sedangkan kita sudah berada di tahun 2022?
Lepas ini minta pada bapa-bapa penyokong UMNO agar jangan lagi berhajat menyekolahkan anak mereka hingga ke menara gading. Biarkan saja mereka menjadi totok totok UMNO, sebab rugi saja berpendidikan tinggi tapi masih berada di bawah tempurung.
Parti pun tidak boleh dikritik sedangkan parti bukan siapa siapa tanpa rakyat.
Itu pemimpin UMNO sendiri yang dikritik tapi dipecat, lalu apa agaknya hukuman yang akan diterima jika rakyat mengkirik UMNO, dimiskinkan sampai mati?
Apa lagi selama ini Tajuddin lah yang paling lantang mempertahankan Presiden UMNO walaupun dia tahu Zahid Hamidi sememangnya terlibat dalam skandal penyelewengan rakyat melalui Yayasan Akal Budi serta agensi mengeluarkan Visa pekerja asing yang sekarang dalam perbicaraan.
Admin masih ingat kenyataan Tajuddin, katanya begini tidak salah Zahid (UMNO) mencari helah ini kerana dia sedang lemas so salahkah mencari tempat untuk menyelamatkan diri. (lebih kurang begitulah)
SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digugurkan daripada ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.
Setiausaha Agung UMNO, Datu Seri Ahmad Maslan dilapor merakamkan penghargaan kepada Duta Besar Malaysia ke Indonesia itu atas khidmatnya sebagai ahli MKT.
“Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) melalui surat ini menamatkan pelantikan Datuk Seri sebagai ahli MKT UMNO,” katanya dalam surat bertarikh 21 Jun lapor FMT.
Ahmad bagaimanapun tidak menyatakan sebab Tajuddin dipecat dalam surat itu.
Ahli Parlimen Pontian itu turut berharap agar Tajuddin akan meneruskan khidmatnya sebagai ahli parti yang komited dan merakamkan ucapan tahniah atas pelantikannya sebagai duta besar.
Tajuddin sebelum ini pernah dipecat sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) pada Mei tahun lalu, beberapa hari selepas kenyataannya berhubung kemalangan LRT yang mengundang kritikan orang ramai.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/208412/BERITA/Politik/Tajuddin-digugur-ahli-MKT-UMNO