Lagi lagi pemimpin Umno yang kantoi membohong. Apa cerita ni, alahai!
Bila kau acah menyaman supaya kau tampak baik dan benar tapi hakim mahkamah mendapati anda tidak di fitnah sebaliknya terbukti kau yang membuat kejahatan.
Maksudnya apa? maksudnya semua tuduhan jahat yang dilemparkan ke atas pemimpin pemimpin UMNO ada asasnya. Kalau pun didapati tidak bersalah itu kerana berlaku kesalahan teknikal hingga dakwaan ke atas mereka tidak boleh dibuktikan.
Kekantoian yang tidak ada taranya.
Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi hari ini menolak saman fitnah dikemukakan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, syarikat akhbar New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) dan pemilik portal video KiniTV, KiniTV Sdn Bhd.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar menolak saman itu selepas memutuskan bahawa kenyataan Khalid mengenai ucapan seksis Tajuddin pada sidang Parlimen terhadap Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang disiarkan NST dan KiniTV enam tahun lalu tidak bersifat fitnah.
Mahkamah mendapati kenyataan Khalid bukan suatu fitnah jika diambil pada konteks ketika itu dan berpendapat perkataan yang digunakan adalah daripada provokasi Tajuddin.
Latifah membuat keputusan itu tanpa sebarang perintah berhubung kos, selepas mendengar perbicaraan penuh. Keputusan itu disampaikan kepada pihak terbabit melalui emel.
Dalam kes saman berkenaan, Khalid diwakili peguam Datuk S N Nair.
Latifah dalam penghakimannya berkata, jika dilihat melalui kronologi kes secara keseluruhan, kontroversi bermula daripada ucapan seksis plaintif (Tajuddin) di Parlimen terhadap Ahli Parlimen Seputeh.
Beliau berkata, kenyataan plaintif yang ketika itu Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani adalah tidak wajar dan mencemarkan institusi Parlimen yang merupakan salah satu institusi tertinggi negara.
Katanya, mahkamah juga berpandangan kebebasan bersuara dan perlindungan reputasi terutama dalam sidang Parlimen yang dihormati perlu diberi perhatian walaupun diberikan imuniti.
Latifah seterusnya berkata, saman oleh Tajuddin selaku plaintif adalah berkaitan dua sidang media oleh Khalid (defendan pertama) pada 21 November dan 24 November 2016.
“Kes ini berlaku dan berpunca daripada ucapan plaintif sendiri di Parlimen pada 21 November 2016 ketika sidang Parlimen yang mana plaintif mengeluarkan satu kenyataan, antara lain yang bersifat seksis, dan menggunakan bahasa tidak mengikut peraturan Parlimen dalam ucapannya.
“Mahkamah mengambil notis kehakiman bahawa perkataan yang digunakan merujuk kepada Ahli Parlimen Seputeh dan mahkamah berpendapat tiada keperluan bagi plaintif mengungkapkan perkataan kesat yang pada ketika itu tidak ada apa-apa provokasi dan tiada kena mengena dengan persoalan yang sedang dibahaskan.
“Tindakan plaintif enggan menarik balik kenyataan itu dan mengejek Ahli Parlimen pembangkang (ketika itu) menimbulkan provokasi terhadap defendan pertama,” katanya.
Mahkamah turut menegaskan terdapat justifikasi terhadap komen yang dibuat oleh Khalid dan ia adalah suatu komenadil, yang dibuat atas kepentingan awal dan dilindungi melalui keistimewaan bersyarat.
Beliau berkata, komen itu juga dibuat berikutan sikap keterlaluan plaintif sewaktu sidang Parlimen terbabit.
Sementara itu, mahkamah memutuskan bahawa laporan yang dibuat NSTP (defendan kedua) berhubung kejadian yang berlaku pada sidang parlimen terbabit merupakan laporan yang saksama dan tepat mengenai sesuatu mesyuarat awam (sidang Parlimen).
Bagi defendan ketiga (KiniTV) pula, Mahkamah mendapati dua video yang disiarkan pada 24 November 2016 tidak mempunyai sebarang unsur fitnah kerana ia adalah mengenai kenyataan yang dibuat oleh Khalid dengan suci hati tanpa memihak kepada mana-mana pihak.
Dalam pernyataan tuntutan saman itu, Tajuddin mendakwa, Khalid mengeluarkan dua kenyataan fitnah terhadapnya termasuk memanggilnya dengan kata-kata kesat ketika mengadakan dua sidang media di lobi Parlimen, masing-masing pada 21 dan 24 November 2016.
Tajuddin mendakwa, kenyataan pertama Khalid diterbitkan NST melalui artikel bertajuk ‘Fury over Deputy Minister’s Remark’ pada 22 November 2016 dan kenyataan kedua defendan disiarkan di KiniTV pada 24 November tahun sama manakala kedua-dua kenyataan itu juga diterbitkan di Youtube yang boleh diakses oleh orang ramai.
Harian Metro
Tinggalkan Jawapan