Sudah Hidup Senang Walaupun Tumbang PRU14 Hari ini UMNO Desak Adakan PRU ðŸ‘Ž

Sudah berjaya merata dana rakyat dan hidup mewah dari dua kerajaan, walhal UMNO tumbang pada pilihan raya umum yang lalu.

Hari ini Pemuda UMNO yang suka bercakap tidak serupa bikin, walaupun ada didikan agama. Beretorik kononnya mereka tidak pernah bersetuju dengan kerajaan yang dibentuk melalui pintu belakang.

Kalau benar tidak bersetuju kenapa loser loser UMNO diberikan kedudukan dalam kerajaan semasa? Jangan lupa pemuda UMNO oiii.

Pemimpin UMNO yang datang dari kubo kuat pembangkang aka Warisan pun diberikan jawatan. Untuk apa?

Berapa ramai pemimpin dan penyokong UMNO yang diberikan jawatan dalam kerajaan atau GLC, walaupun mereka kalah dalam pilihan raya, baik sebagai calon mahupun sebagai jentera UMNO yang mana selepas kekalahan memalukan itu mereka diberikan jolokan penghabis beras oleh Najib Razak.

Mau tidak berjuta wang rakyat digunakan untuk mengurus dedak tapi hasilnya amat memalukan. Hari ini mereka seolah-olah lupa dan berlagak seolah-olah tidak pernah ditolak oleh rakyat. Hasil dari kegagalan mereka sebagai pemimpin dan jentera parti dalam kerajaan.

Mendapat projek melalui Menteri Menteri UMNO, jangan ceritalah. Kamu pun tahu dah macam monyet mendapat bunga. Macam macam hal yang menjolok mata tapi ia tidak menjadi soal pada macai UMNO yang sanggup menjadi bodoh.

Berbalik pada Ketua Pemuda UMNO itu.

Oleh kerana kononnya sejak dari awal mereka tidak bersetuju dengan kerajaan pintu belakang, maka hari ini mereka mendesak agar pilihan raya umum segera diadakan.

Alasannya untuk menstabilkan kerajaan.

Menstabilkan kerajaan? apa terjadi pada kerajaan negeri Perak? Menteri Besar dari Bersatu di tukar melalui persekongkolan UMNO dan DAP dengan mengadakan undi tidak percaya. Hari ini Menteri Besar Perak diganti dengan orang UMNO.

Adakah sumbangan DAP di Perak percuma? hanya macai yang sanggup bodoh yang mengatakan ya.

Kerajaan negeri Melaka, kenapa tiba tiba dibubarkan walaupun keadaan stabil. Malah menurut mangsa konspirasi, DUN dibubarkan walaupun tidak mendapat perkenan dari TYT Melaka.

Nampak tak, dalam politik memang begitu. Musuh akan sentiasa menggambarkan lawannya lemah dengan apa cara sekalipun termasuklah berbohong dengan cakap terbalik.

Siapa yang nampak bodoh maka merekalah yang dianggap gagal walaupun pada hakikatnya cerdik dan alert menjaga amanah rakyat.

Hipokrit tak UMNO ni? Admin sendiri sudah malas membalas kenyataan mengada-ngada yang sengaja dicanang, bertujuan untuk mengelirukan rakyat.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: