Kini Anwar Ketua Pembangkang Bertaraf Menteri

Anwar yang berstatus Ketua pembangkang kini bertaraf pejabat Menteri. Ertinya Anwar akan mendapat kemudahan seperti mana seorang menteri kerajaan. Ada pejabat rasmi dan kemudahan lain termasuklah gaji, elaun, protokol dan sebagainya.

Jadi pada jentera UMNO selepas ini jangan lagi kamu berani melecehkan maruah Anwar Ibrahim. Hari ini dia bukan lagi modal yang membawa keuntungan besar kepada UMNO.

Kalau dulu bolehlah sikit sikit kunyit, amoi, hari ini saya berkuasa esok harga minyak turun dan sebagainya. Paling penting ternyata Anwar bukan pemimpin bodoh seperti mana tuduhan pemimpin dan laskar UMNO.

Bagaimana pula dengan DAP? juga tidak boleh sudah sebab DAP adalah Anwar dan Anwar adalah DAP.

Ini kerana UMNO yang memberikan politik Anwar bertaraf
Menteri seperti mana MoU yang mereka tandatangani. Tapi ini adalah kesilapan politik terbesar yang pernah dilakukan oleh UMNO dan PKR tinggal lagi siapa terlebih dahulu yang meninggalkan kerjasama ini maka mereka lah yang selamat dari persepsi rakyat.


PETALING JAYA: Anwar Ibrahim hari ini menerima “surat kenaikan status” yang mengesahkan pejabat Ketua Pembangkang itu menikmati kemudahan setara pejabat menteri, seperti dipersetujui dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH).

Dalam hantaran di Facebook, Setiausaha Organisasi DAP Loke Siew Fook, berkata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam mesyuarat kedua jawatankuasa pemandu Mou itu, menyerahkan surat pengesahan kepada Anwar membabitkan perkara itu.

Dalam pertemuan di Bilik Mesyuarat Parlimen, Ismail dan Anwar juga membincangkan perkembangan pelaksanaan agenda pembaharuan dipersetujui bersama.

“Beberapa pindaan Perlembagaan Persekutuan akan dibentangkan dalam persidangan yang akan datang,” katanya tanpa membutirkan secara terperinci.

Ismail sebelum ini menyatakan, pentadbirannya akan membentangkan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja.

Kerajaan sebelum ini juga menyatakan kesediaan melaksanakan pembaharuan termasuk dalam hal berkaitan Undang-Undang Antilompat Parti, suntikan tambahan dana Covid-19 sebanyak RM45 bilion, mempercepatkan pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran automatik 

Sumber

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.