UMNO perlu berjiwa besar dan buang sikap berlagak abang besar kerna komponen ahli ahli parlimen Perikatan Nasional juga ada perasaan yang bila bila masa boleh jatuhkan Ismail Sabri dari kerusi Perdana Menteri.
UMNO hanya ada 37 Kerusi Parlimen dari 114 Ahli Parlimen Perikatan Nasional yang menjadikan Datuk Ismail Sabri Perdana Menteri Malaysia. Dalam pada itu Presiden UMNO dan 14 lagi Ahli Parlimen UMNO tidak menyokong Perdana Menteri Ismail sebaliknya menyokong agenda jajaran baru bersama Anwar dan DAP.
Sebab itu jangan percaya pada tuntutan yang di kemukakan oleh Kluster Mahkamah itu berniat baik, hakikatnya ia hanya bertujuan sebaliknya untuk menggugat kestabilan kerajaan atau muslihat.
Ironinya sama ada tuntutan itu ditunaikan atau tidak ia pasti mendatangkan kesan pada kluster Mahkamah.
Sekiranya ditunaikan maka itu bererti Perdana Menteri Ismail telah sanggup mencemarkan kredibilitinya dengan melanggar konstitusi Kehakiman dan yang berkaitan. Menyebabkan kluster Mahkamah mudah meloloskan dari sabitan undang undang di Mahkamah.
Tapi menyebabkan rakyat hilang kepercayaan dan tidak lagi menghormati kerajaan Perikatan Nasional atau Perdana Menteri Ismail Sabri.
Sekiranya tidak sanggup menunaikannya maka penuntut berharap sebaiknya komponen Perikatan Nasional meninggalkan kerajaan dan peluang Presiden UMNO untuk bekerjasama dengan Anwar dan DAP akan terbuka luas.
Bak kata P. Ramlee otak penyamun atau strategi penyamun.
Tuntutan yang dikemukakan oleh Presiden UMNO dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia seperti dibawah.
