Kerajaan PH Gagal Lucut Hak RM114 Juta Tapi……..

Tadi pagi hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini, untuk melucutkan hak pemilikan wang tunai lebih RM114 juta dan beberapa lagi aset yang di rampas di Pavilion Residence pada tahun 2018.

Hakim Mahkamah Tinggi Jamil Hussin berkata Jabatan Peguam Negara gagal membuktikan wang itu ada kaitan dengan skandal penyelewengan dana 1MDB.

Walaubagaimanapun Mahkamah tidak mengeluarkan arahan harus pada siapa wang itu diserahkan dan yang pasti bukan pada Najib Razak.

Wang tunai dan beberapa aset dirampas dari premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd, pada tiga tahun lalu yang didakwa ada kaitannya dengan 1MDB.

Walaubagaimanapun mengikut kenyataan saksi Wang tunai itu datang dari akaun AmBank kecuali wang tunai dalam bentuk wang asing tidak dapat dipastikan.

Dalam pada itu Najib di akaun Facebooknya mendakwa wang itu akan dikembalikan padanya. Namun nampaknya bercanggah dengan keputusan Mahkamah. Macam manalah tu?

Isunya disini kenapa pula keputusan Hakim Mahkamah itu dikaitkan dengan kerajaan Perikatan Nasional. Bukan kerajaan ini yang membuat pendawaan sebaliknya ia adalah hak Peguam Negara. Kenapa politik Melayu semakin teruk ni. Hahahah!

Inilah buktinya kerajaan Perikatan Nasional tidak mencampuri konstitusi.

Jangan pula esok, andai ada keputusan baharu yang tidak memihak. Waktu itu yang dipersalahkan Perdana Menteri. He!

Yakin dan percayalah sebarang keputusan adalah kepunyaan konstitusi.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.