UPKO DAP Buat Laporan Polis, Tidak Malu Kah 😁

Hari ini wakil rakyat UPKO dan DAP telah membuat laporan Polis susulan kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador yang mendakwa wakil rakyat yang melompat parti wajar di siasat oleh SPRM dan dakwaan kononnya Menteri mencampuri penyusunan Pasukan Polis.

Jadi kalau begitu siasat dulu si Madius Tangau dan si Ewon Benedick yang meninggalkan BN, bagi tujuan membentuk kerajaan negeri Sabah bersama Warisan. Menyebabkan mereka masing-masing dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri di peringkat negeri.

Begitu juga dengan Darell Leiking asalnya wakil rakyat PKR tapi keluar dan menyertai Shafie, Warisan. Sama dengan si Junz Wong asalnya daripada DAP keluar menyertai Warisan. Sejak daripada itu kedua wakil rakyat ini mulai kelihatan bergaya rapi, macam termakan dedak Shafie. He!

Kenapa waktu itu UPKO, dan DAP tidak buat laporan Polis keatas Madius, Darell, Junz dan Ewon?

Apa sebenarnya yang mahu dibuktikan oleh mangkuk mangku pembangkang Sabah tu?

Soal Menteri Dalam Negeri Datuk Hamzah Zainudin yang terlibat dalam menentukan kedudukan pasukan Polis. Apa juga masalahnya? memang itu pun tanggungjawab seorang menteri, sememangnya terlibat secara langsung dalam agensi kerajaan, bukannya diserahkan bulat-bulat pada mereka. Risau sekiranya berlaku ketidakadilan dikalanganan kakitangan kerajaan itu sendiri. Kalau ini berlaku akhirnya juga yang menyelesaikannya ialah pentadbir yang bertanggungjawab iaitu Menteri atau orang politik. Nampak?

Maka itu amat perlu orang politik terlibat dalam pentadbiran kerajaan, memandangkan mereka ini juga yang bertanggungjawab menggubal undang undang dan dasar pentadbiran. Kakitangan kerajaan hanyalah pihak bertanggungjawab melaksanakan dasar.

Pembangkang Sabah jangan tunjukkan sangat kehipokritan tu. Dulu berdasarkan cerita yang boleh dipercayai seorang pemimpin/Menteri melepaskan pengedar dadah dari tahanan pihak Polis hanya kerana pengedar dadah itu terlibat secara langsung dalam parti Warisan. Apa, cerita pula ni?

Kalau ia pun sengaja mencari kesalahan kerajaan ambil dulu cermin tu, wahai pembangkang Sabah. Jangan sampai memalukan diri sendiri.

Hakikatnya yang melantik Abdul Hamid Bador ke jawatan Ketua Polis Negara ialah orang politik atau lantikan politik. Jadi kenapa bila Abdul Hamid Bador mencampuri agensi kerajaan ia tidak menjadi isu sebaliknya bagi seorang Menteri yang sudah menjadi tanggungjawabnya. Palui. Hahaha!

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: