
Rentetan gesaan retorik sempena mesyuarat UMNO peringkat Bahagian yang bermula kelmarin.
Dalam 189 Ketua Bahagian UMNO yang menolak untuk bekerjasama dengan parti Bersatu dalam Perikatan Nasional, ada lagi beberapa pemimpin UMNO yang berfikiran rasional, menerima hakikat keberadaan mereka dalam Perikatan Nasional.
UMNO yang mulanya berstatus pembangkang tapi kerana percaturan yang tidak menjadi menyebabkan parti yang kalah di pilihan raya boleh sama sama membentuk kerajaan bersama wakil wakil rakyat UMNO yang beralih ke parti PPBM (Bersatu)
Besar sebenarnya pengorbanan wakil wakil rakyat daripada PPBM. Tanpa mereka mustahil kerajaan Perikatan Nasional boleh dirancang sekaligus dibentuk.
Pada hemah pemimpin pemimpin UMNO yang cerdik itu. Memandangkan UMNO jugalah yang melantik Tan Sri Muhidin Yasin sebagai Perdana Menteri Malaysia maka sewajarnyalah kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dipertahankan.
Sekaligus diperkasakan bagi memastikan kemenangan parti parti dalam Perikatan Nasional dapat dipertahankan.
Pemimpin pemimpin itu ialah antaranya Annuar Musa, Shahidan Kassim, Ku Nan dan seorang lagi Ketua Bahagian Bukit Bintang.
Begini kenyataan dari ketua UMNO Bahagian Putrajaya Tengku Adnan (Ku Nan) mendedahkan bahawa yang menyebabkan hubungan tidak baik UMNO dan Parti Bersatu ialah angkara individu-individu yang kalah bertanding baik di peringkat parti mahupun di peringkat pilihan raya. Kumpulan inilah yang menuntut agar UMNO meninggalkan Perikatan Nasional supaya pilihanraya dapat diadakan. (Lebih kurang begitulah)
Pada pemerhatian admin pula mana-mana jentera parti UMNO yang kuat menganjing kuat mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas untuk menafikan keberadaan Parti Bersatu adalah mereka yang datang dari kawasan atau DUN yang diwakili oleh parti lain atau parti parti pembangkang. Tidak keterlaluan kalau kita menjangkakan kerana mulut puaka merekalah menyebabkan UMNO ditolak di kawasan mereka ironisnya mulut puaka itu jugalah yang digunakan untuk membangkitkan UMNO di luar kawasan mereka. Kawasan sendiri hang kang tapi ada hati untuk mencampuri Perikatan Nasional.
Hahaha! Buang masa melayan puak puak yang tidak jujur pada perjuangan dan tidak jujur pada diri mereka sekalipun.