Perutusan Ketua Menteri Sabah Hari Krismas dan Tahun Baharu

*PERUTUSAN HARI KRISMAS DAN TAHUN BAHARU YAB. KETUA MENTERI SABAH*

KOTA KINABALU: Datuk Seri Hajiji Haji Noor meminta rakyat Malaysia di Sabah untuk terus bersatu dan kekal teguh bersama dalam memerangi COVID-19 di negeri ini.
 
Ketua Menteri berkata sebagai sebuah negara “kita amat berbesar hati dan berazam menyatakan sokongan kepada kerajaan yang ada serta bersama menongkah arus cabaran dan terus maju dengan keperihatinan kita jaga kita”.
 
“Oleh itu marilah kita bersatu memerangi penularan COVID-19 dengan menjaga diri, keluarga, masyarakat dan mematuhi sepenuhnya semua langkah keselamatan serta prosedur operasi standard (SOP)  yang ditetapkan.
 
“Kita perlu mengetepikan perbezaan yang ada, bangkit daripada politik sempit dan bersatu dalam usaha meningkatkan ekonomi serta membangunkan semula beberapa sektor yang kritikal akibat penularan pandemik COVID-19,” katanya dalam Perutusan Krismas dan Tahun Baharu 2021, di sini hari ini.
 
Hajiji turut merakamkan terima kasih kepada rakyat kerana memberi kepercayaan kepada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan mandat untuk memimpin dan membangunkan negeri ini.
 
“Gabungan yang kuat ini komited membawa lebih banyak pembangunan dan peluang ekonomi kepada rakyat,” katanya.
 
Mengenai perayaan Krismas yang diraikan ketika pandemik COVID-19 ini, beliau berkata rakyat Malaysia dari pelbagai agama telah meraikan perayaan mereka dengan meriah ketika penularan pandemik ini dan beliau percaya masyarakat Kristian di Sabah juga akan meraikan sambutan Krismas dengan semangat yang sama.
 
Hajiji juga meminta rakyat untuk merenung sejenak persamaan yang selama ini menyatukan, kekal fokus membina semangat harmoni dan persefahaman antara kaum serta agama di Sabah, tanpa mengira perbezaan kepercayaan dan latar belakang 
 
“Marilah kita terus mengekalkan rasa hormat, kestabilan dan harmoni yang dibina oleh nenek moyang kita dan seterusnya untuk generasi akan datang. Inilah laluan ke arah perpaduan dalam kepelbagaian yang kita jalani selama ini,” katana.
 
Ketika musim perayaan ini, beliau juga meminta agar rakyat sentiasa mengingati petugas barisan hadapan yang berani berjuang memerangi pandemik COVID-19, termasuk anggota keselamatan yang berjaga siang dan malam untuk memastikan keselamatan rakyat serta negara ini.
 
“Kita sentiasa mendoakan mereka dan ahli keluarganya. Dalam masa sama,  Krismas adalah masa untuk bergembira, berkat, memberi dan saling memaafkan serta mengeratkan hubungan kekeluargaan dan masyarakat. Janganlah kita melupakan mereka yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan bantuan daripada kita,” katanya.
 
Ketua Menteri berkata, dalam masa seminggu lagi tahun baharu akan bermula dan walaupun 2020 adalah tahun sukar susulan pandemik itu, tetapi tahun baharu 2021 perlu dilihat denga penuh harapan dan keberanian.
 
“Selamat Hari Krismas keopada rakan-rakan kita khususnya masyarakat Kristian yang meraikan perayaan ini dan Selamat Tahun Baharu kepada semua. Semoga musim perayaan ini akan membawa kedamaian, kemakmuran, semangat muhibbah dan kegembiraan kepada kita,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.