DAP Sabah Cekap Agih Bantuan Makanan ðŸ¤­

Nah Ketua Pemuda DAP Sabah yang juga Adun Luyang, Phoong Jin Zhe mendesak Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor agar kononnya melibatkan mereka selaku pembangkang dan mengetepikan perbezaan politik dalam membantu mengagihkan bantuan makanan kepada setiap kawasan.

Ini kerana kononnya mereka mempunyai pengalaman dan cekap dalam memastikan bantuan makanan sampai kepada yang memerlukan.

Pengalaman apa tu Phoong. Kamu tu menjadi Kerajaan Negeri tidak sampai sepenggal itu pun huru-hara, ramai di kalangan belia-belia bumiputera marah pada pentadbiran Menteri Belia dan Sukan Sabah. Pada waktu itu Phoong inilah Menterinya.

Kalau ada dikalangan macai DAP dan Warisan yang cuba menafikan dakwaan admin ini. Dipersilakan tampil menyenaraikan program-program yang telah dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah.

Nescaya tidak berapa ada tu terutamanya program yang melibatkan golongan belia bumiputera Sabah.

Berbalik pada desakan agihan bantuan makanan yang nampaknya berjaya dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Tapi cuba digambarkan oleh DAP Sabah sebagai gagal justeru itu mereka perlu dilibatkan.

Satu admin mahu tanya. Semasa kerajaan negeri Warisan mengagihkan bantuan makanan Covid 19 adakah waktu itu wakil-wakil rakyat daripada PPBM dan BN dilibatkan? Nah kalau tidak ada baik kamu duduk diam diam, jangan banyak songeh.

Cakap saja pandai tapi tidak serupa bikin. Walhal kerana faktor kegagalan kerajaan negeri Warisan mengagihkan bantuan one off dan bantuan makanan Covid 19 kepada rakyat Sabah lah yang menyebabkan Warisan tumbang di tangan Perikatan Nasional. 🤭

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: