LAPORAN HARIAN KES JANGKITAN COVID-19
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di Negeri Sabah pada hari ini adalah sebanyak 535 kes. Bilangan kematian adalah 5 orang. Jumlah kumulatif kes COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 9,290 kes. Sehingga hari ini, seramai 3,705 pesakit dilaporkan telah sembuh. Manakala, seramai 5,513 pesakit sedang menerima rawatan dalam wad di seluruh Sabah.
Kes-kes jangkitan COVID-19 pada hari ini mengikut daerah adalah seperti berikut:

Pada hari ini, terdapat tiga (3) kluster baharu iaitu Kluster Basung sebanyak 26 kes di daerah Kudat dan Kluster Inai sebanyak 13 kes juga di daerah Kudat dan Kluster Tempayan sebanyak 19 kes di Daerah Penampang.
Daerah Lahad Datu mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 115 disebabkan keputusan saringan tertangguh (backlog) yang baru diterima.
Bagi Kluster Penjara Kepayan, ujian saringan akan difokuskan kepada anggota Jabatan Penjara memandangkan mereka sentiasa keluar dan masuk untuk bertugas.
KERJA-KERJA DISINFEKSI
Hari ini, sebanyak 129 kawasan telah dilakukan disinfeksi. Kerja kerja disinfeksi tersebut tertumpu di kawasan-kawasan awam seperti pasarpasar awam, bangunan kerajaan, premis-premis perniagaan, taman awam, taman permainan, kawasan tamu, kawasan letak kereta, surau, bangunan/kawasan di bawah kawalan Majlis Daerah, tandas-tandas awam, dewan masyarakat, terminal, jeti, gerai makan dan kawasankawasan berisiko yang menjadi tumpuan orang ramai.
Pihak Berkuasa Tempatan yang telah melaksanakan disinfeksi pada hari ini ialah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Majlis Perbandaran Tawau, Majlis Perbandaran Sandakan, Majlis-majlis Daerah Beluran, Kinabatangan, Tongod, Kunak, Lahad Datu, Keningau, Tambunan, Tenom, Kota Marudu, Pitas, Sipitang, Semporna, Papar, Putatan, Penampang, Ranau, Tuaran dan Lembaga Bandaran Kudat.
Bagi Majlis Daerah Beaufort, kerja-kerja disinfeksi telah dilakukan bersama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Manakala Majlis Daerah Kuala Penyu pula, kerja kerja disinfeksi telah dibantu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
BANTUAN BAKUL MAKANAN (FOOD BASKET)
Pengagihan bantuan bakul makanan (food basket) kepada golongan sasar sedang berjalan lancar. Sehingga jam 2.00 petang hari ini, sebanyak 66,164 bakul makanan telah diagihkan.
Bagi membendung penularan COVID 19 di negeri ini, semua masyarakat digesa untuk sentiasa patuh kepada SOP PKPB yang sedang dilaksanakan di seluruh negeri ini termasuklah memastikan jarak fizikal dipatuhi setiap masa, pemakaian pelitup muka dan hand sanitiser serta kerap mencuci tangan. Kerjasama semua pihak adalah penting untuk mengekang penularan dan melandaikan lekuk jangkitan COVID-19 di Sabah.
kitajagakita #stayhome #staysafe #workfromhome
Sekian.
YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN DAN MENTERI KEWANGAN II 21 Oktober 2020