Pembeli Aset MARA Di Australia Akan Didakwa – SPRM

Dengar dengar khabar Suruhanjaya pencegahan Rasuah Malaysia SPRM sedang menunggu masa dan waktu yang sesuai untuk membongkar atau mendakwa individu individu yang terlibat dalam kes pembelian hartanah Dudley Internasional.

Dibawah jawapan Ketua Pesuruhjaya Datuk Azam Baki ketika ditanya oleh wartawan.

Bahawa Timbalan Pendakwa Raya telah bersetuju untuk memulakan pendakwaan ke atas beberapa individu yang terbabit. Diantara mereka ialah bekas Menteri KKLW dan dua lagi individu yang ditugaskan di bawah agensi Mara pada ketika kes penyelewengan berlaku.

“Saya boleh bagi hint, sebab orang akan tanya bila lagi. Sebenarnya kami tengah atur masa.

“Tetapi ada seorang mungkin berada di Sabah, mungkin kena kuarantin. Kita kena aturkan masa,” katanya dalam wawancara melalui MACC

Kes pembelian hartanah Dudley Internasional House ini berlaku pada tahun 2013. Di mana individu terbabit melalui agensi Mara telah sengaja membayar lebih dari harga yang sepatutnya sebanyak RM13 juta.

Dudley Internasional House adalah merupakan apartment atau bangunan setinggi lima tingkat mempunyai 112 bilik yang akan digunakan untuk menempatkan pelajar pelajar Malaysia yang belajar di Melbourne, Australia.

Sebelum ini beberapa Ahli Parlimen daripada DAP dan PKR mendesak kerajaan agar segera membuat siasatan sekaligus pendakwaan keatas individu individu terlibat dalam penyelewengan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.