Warisan Rehat Dari Mempertikai Status Bajau Suluk

Artikel ini admin tulis pada tahun 2017 yang bertujuan mempertikai kenyataan seorang pemimpin Warisan dari Penampang berhubung status Bajau Suluk di negeri ini.

Darell berpendapat kaum atau bangsa ini adalah PATI hingga dia lupa siapa sebenarnya Shafie dan dakwaan itu bertentangan dengan dakwaan Peter Anthony selepas itu bahwa KDMR bukanlah penduduk asal Sabah.

Ingat ya entri ini admin tulis pada tahun 2017. Maksudnya yang memainkan sentimen perkauman demi keuntungan politik mereka dan dijalankan sejak dari awal ialah Warisan yang bertujuan untuk menarik kepercayaan KDMR. Ini operasi awal Warisan, parti yang sarat dengan propaganda hingga mengelirukan masyarakat.

Kalau kamu baca artikel dibawah maka kamu akan faham. Kenapa pendirian Warisan dalam isu lambakan PTI tidak konsisten. Ini kerana didalam Warisan itu sendiri ada dua tuntutan yang bercanggah hingga akhirnya Bajau Suluk menjadi kambing hitam mereka.

Lihat apa berlaku pada program PSS yang cuba diperkenalkan. Siapa yang memperkenalkannya ya sudah tentu kerajaan Warisan. Siapa yang membatalkannya ya Warisan juga. Kenapa begitu? sebab seperti yang disebutkan diatas ada dua tuntutan berkenaan kehadiran PATI di negeri ini.

Apa berlaku bilamana Persekutuan cuba menyelesaiakan lambakan PATI di negeri Sabah. Usaha itu ditentang oleh Warisan walhal sebelum ini mereka yang cuba memperkenalkan PSS (Pas Sementara Sabah).

Selagi Warisan tidak ditumbangkan maka selagi itu jugalah sentimen perkauman akan terus dimainkan, apa lagi bila sokongan keatas Warisan tergugat. Lihat hari ini, ada kamu dengar kepimpinan Warisan mempolitikkan kehadiran PATI sebagai modal kempen mereka, tidak ada kan? hipokrit nak mampus.

Benarlah parti dan pemimpin yang paling hipokrit ialah Warisan. Mereka kata tolak politik wang tapi awal awal lagi sudah bergerak di peringkat akar umbi. Mereka kata ada usaha memecahkan undi Warisan Plus tapi di Semporna tu calon yang ikut bertanding terdiri dari kerabat Shafie.

Entri ini ditujukan khusus untuk pengundi Bajau Suluk yang ada di seluruh negara. Kenapa Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking tidak sudah menyalahkan Bajau Suluk melalui RCI Ic Projek? seolah olah majoriti kaum ini pemegang Ic projek kerna itu jugalah dia bersetuju agar Mykad versi Sabah diperkenalkan. Jangan dia lupa kekuatan Presiden Warisan, Shafie bergantung sepenuhnya […]

Warisan Mempertikai Status Bajau Suluk?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.