Maruah Kali Ini Digunakan Untuk Menolak Politik Wang Shafie

Baguslah kalau benar Shafie mengajak pengundi untuk menolak politik wang persoalannya benar kah begitu. Adakah Shafie akan mendapat sokongan tanpa amalan politik wang? disana ada kemustahilan.

Shafie tidak usahlah terlalu hipokrit hakikatnya tidak tu politiknya mendapat tempat dikalangan orang-orang kampung di setiap pilihan raya tanpa amalan politik wang. Tidak percaya cuba tanya pengundi dari Semporna, apa sebab mereka mengundi Shafie atau calon yang dipasangnya, pasti jawapannya kerana duit.

Jangankan diperingkat pilihan raya hanya untuk memilih AJK diperingkat Bahagian pun, tidak menang kalau tidak ada ringgit. Jadi pada Warisan atau Shafie janganlah terlalu hipokrit.

Baru baru ini pun, beberapa hari sebelum penamaan calon. Jentera Warisan diperingkat akar umbi telah bergerak, acah menyemak senarai nama walhal mengikat pengundi dengan RM50-RM100 supaya mengundi calon Warisan di pilihan raya negeri akan datang.

Banyak gambar yang boleh dijadikan bukti kejadian, walaupun gambar berkenaan diambil dari tempat yang berasingan. Namun pasti tujuannya adalah sama untuk membeli undi.

Benar kali ini pengundi penuh bermaruah tapi maruah itu akan digunakan untuk menolak siapapun calon dari parti Warisan. Kalaupun Warisan menghulurkan dedak, dedak akan diambil tapi yang dipangkah pastinya calon dari Perikatan Nasional. Tidak percaya tengok saja.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.