Siapa agaknya lelaki yang tiba-tiba menjadi misteri ini.
Rabu lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM telah menahan seorang Pengarah Kanan di sebuah Jabatan Kerajaan Negeri Sabah setelah disyaki terlibat dalam aktiviti rasuah iaitu mengatur projek yang bernilai jutaan ringgit.
Lelaki misteri itu telah dicekup dan mengikut khabar terkini telah pun dihadapkan ke Mahkamah Majistret bagi mendapatkan reman selama empat hari.
Sebelum ini semua orang tahu Kementerian Pelancongan yang diketuai oleh wakil rakyat daripada Warisan disiasat oleh SPRM kerana disyaki terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dana.
Bulan lepas Menteri Infra Sabah, Peter Anthony daripada parti Warisan telah pun dihadapkan ke mahkamah kerana terlibat dalam aktiviti salah guna kuasa dalam projek Pan Borneo dan skandal pembelian tanah di Tenom beberapa tahun yang lalu.
Kerajaan negeri Warisan ni macam-macam hal, walhal umur baru setahun jagung.
Agak-agaklah kawan oii. Kalau ya pun tunggulah selepas dua penggal kah, rakyat faham juga tu takkan pula rakyat lebih kaya daripada pemimpin habis itu kalau rakyat susah siapa yang bantu.