Janji Calon Warisan Untuk Menyelesaikan Banjir Hanyalah Dusta

Throwback Calon Parti Warisan semasa berkempen di daerah mereka.

Ini adalah salah satu contoh perbuatan, apa yang dipanggil cakap tidak serupa bikin. Hari ini bila rakyat mempersoalkan tentang apa yang mereka telah katakan terutamanya berkaitan masalah banjir dengan mudah jentera atau penyokong Warisan akan memberikan alasan yang berbau ketuhanan. Kononnya banjir adalah bencana alam dan ujian Tuhan so tidak wajar untuk dipersoalkan.

Nampak tak hipokrasinya orang-orang yang jahil dalam mereka mempertahankan janji bulan dan bintang mereka, Tuhan yang tidak bersalah mereka kaitkan.

Masih segar dalam ingatan admin ketika berbual politik dengan seorang dua jentera tegar atau penyokong Parti Warisan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Dia yang diangkat sebagai ketua jentera di kawasannya menegaskan bahawa antara sebab dia meninggalkan BN adalah kerana masalah banjir yang mereka hadapi saban tahun di Kota Belud.

Dalam tempoh itu kononnya dia telah berhubung dengan Wakil Rakyat BN tetapi sehingga hari itu tiada jalan penyelesaian.

Admin ketika mendengarkan alasannya hanya mampu menganggukkan kepala, tanda apa yang dia katakan mungkin ada kebenarannya. Tetapi dalam pada itu admin terfikir adakah semudah itu masalah banjir boleh diselesaikan.

Admin tinggalkan mereka dengan sedikit wang kopi dan admin check in untuk meneruskan penerbangan.


Calon Parlimen Kota Belud Munirah semasa berkempen di pilihan raya lepas membangkitkan masalah banjir yang sering dihadapi oleh masyarakat setempat dan dia mendakwa ia adalah hasil dari kegagalan wakil rakyat yang menyandang pada waktu itu.

Namun bila rakyat memberikan kepercayaan. Kepercayaan dan janji hanyalah janji. Wakil rakyat Munirah gagal menyelesaikan banjir di daerahnya malah kalau kita ikuti gambar keadaan banjir yang viral daripada kelmarin nampaknya banjir semakin teruk ini menunjukkan tiada langkah proaktif yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri Warisan di dalam usaha mengurangkan risiko banjir.

Tiada yang kurang, calon Parti Warisan di Penampang juga membuat kenyataan yang hampir sama berjanji akan menyelesaikan banjir di daerah mereka. Hari ini tiada apa yang berubah banjir terus melanda daerah Penampang.

Sekarang boleh lah rakyat memboooooo! mereka.

Moral dari kegagalan ini jangan pernah mempolitikkan bencana alam. Lihat saja calon-calon atau wakil rakyat Bersatu Sabah, mereka tidak pernah membangkitkan isu yang ada kaitannya dengan bencana alam atau kerja Tuhan. Justeru itulah bila banjir melanda rakyat tidak sanggup menyalahkan mereka.

Menjelang pilihan raya yang akan datang masihkah rakyat percaya pada kempen berapi-api calon parti Warisan?

Kegagalan demi kegagalan yang ditanggung oleh rakyat Sabah, masih lagi percaya pada mereka. Sedangkan kroni dan kerabat wakil rakyat Warisan bersenang-lenang di luar sana. Tidak merasa diri kamu itu diperbodohkan atau nampak bodoh?

Bersatu is good

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.