Tiada Yang Hakis Demokrasi Negara, Wahai Aziz

Mari kita ulas kenyataan retorika Ahli Parlimen Sepanggar,Aziz Jamman.

Dia kata Institusi Parlimen sebagai tempat membincangkan masalah negara telah terhakis. Sebab itu dia kata adalah lebih baik persidangan Dewan Rakyat untuk penggal ini dijalankan saja melalui aplikasi Zoom kalau benar bimbangkan Covid 19 dan tidak ada usul rakyat yang dibentangkan.

Azis juga mendakwa siapa tahu hampir 61 tahun kemudian, sidang Dewan Rakyat hanya berjalan satu hari demi untuk melengkapkan syarat agar Perikatan Nasional dapat terus memerintah negara selepas menumbangkan Pakatan Harapan bukan melalui pilihanraya umum.

Penyataan yang semberono malah sebaliknya cuba menghakis kemuliaan sidang Dewan Rakyat.

Kenyataan yang sambarono itu susulan tindakan Speaker Dewan Rakyat yang menghadkan tempoh sidang penggal ini berjalan hanya 1 hari pada 18 Mei dan hanya dikhususkan untuk mendengar dan mengulas Titah Diraja. Ini kerana pemerintah masih bergelut dan berjaga-jaga didalam menghadapi ancaman pendemik Coronavirus yang sentiasa menuntut pemantauan yang berterusan dari pemerintah atau Perdana Menteri Malaysia.

Pelik benar kenyataan Ahli Parlimen Sepanggar itu ya macam pula tidak pernah menghadiri Sidang Parlimen Dewan Rakyat.

Untuk makluman, pada sidang tahun lepas iaitu pada 11 Mac sehingga 21 Mac 2019, era kerajaan PH. Dewan Rakyat yang bersidang tidak membenarkan Ahli Parlimen membentangkan sebarang usul selain dari apa yang telah dititahkan oleh Raja. Sebagaimana dibawah, jadual perjalanan sidang pada waktu itu.

Justeru kenyataan kononnya fungsi Institusi Parlimen untuk membincangkan masalah rakyat telah terhakis sejak Perikatan Nasional memerintah negara adalah pembohongan semata-mata.

Pada ahli Parlimen Sepanggar lain kali berhati-hati ketika membuat kenyataan, check dulu peraturan yang yang sedia ada dan apa yang telah berlaku sebelum itu, supaya nampak tidak mengada-ngada seperti kebiasaan yang dilakukan oleh beberapa wakil rakyat dan penyokong Parti Warisan, bila mereka tidak bersetuju pada isu yang bertentangan dengan agenda politik mereka.

Tidak ada sebabnya kenapa kerajaan Perikatan Nasional perlu takut pada usul undi tidak percaya memandangkan hari ini majoriti rakyat amat menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia. Bermaksud apapun yang berlaku parti parti kerajaan PN akan menjadi pilihan pengundi di pilihanraya yang akan datang.

Kamu tunggu saja tarikh yang sesuai untuk menjalankan undi tidak percaya. Jangan kamu ingat Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mendapat sokongan majoriti daripada ahli Parlimen ya hingga kononnya berlindung di sebalik pendemik Covid 19 dan memendekkan tempoh sidang Rakyat.

Tidak usahlah Ahli Parlimen Sepanggar atau wakil rakyat daripada Parti Warisan itu menasihati Perikatan Nasional agar kononnya memanfaatkan penggal sidang Dewan Rakyat kali ini, bagi menunjukkan tahap sokongan yang diterima. Kalau juga Parti Warisan yang jauh lebih jelek ini kerana kerajaan negeri Sabah dibentuk melalui pengkhianatan oleh beberapa wakil rakyat daripada BN. Bukan hanya melakukan khianat tetapi perlembagaan yang menjadi penegak demokrasi juga diketepikan bila mana Tan Sri Musa Aman yang telah mengangkat sumpah dihadapan TYT terlebih dahulu sebagai Ketua Menteri dinafikan melalui proses yang tidak rasmi di luar sidang Dewan Undangan Negeri oleh Presiden Warisan dan kuncu-kuncunya.

Sebaliknya sentiasalah berjaga-jaga jangan terlelap, silap haribulan boleh tu parti yang memerintah negeri Sabah bertukar tangan. He!

Untuk ingatan mereka dan jangan lagi menyibuk. Baru berapa tahun Warisan menjadi kerajaan negeri sudah banyak keluhan masyarakat Sabah yang kedengaran. Baik keluhan itu berkaitan kerajaan negeri yang sering melanggar perlembagaan dan Undang-undang atau rungutan itu berkaitan janji atau manifesto Parti Warisan pada pilihanraya yang lepas. Banyak janji manis bulan dan bintang yang belum tertunai atau tidak akan tertunai. Sebaliknya kerajaan negeri hanya mampu bertahan kononnya mereka telah memulakan proses tuntutan keatas perkara yang ada di dalam perjanjian Malaysia 1963. Walhal realitinya itu hanyalah mukadimah yang juga telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.