Sepatutnya Pihak SKN Buat Sidang Media Bukan Laporan Polis

Ingin merujuk artikel yang ada di portal Borneo Today, bertajuk surat tular tentang tawaran RM40.75 juta palsu pejabat SKN lapor polis.

https://www.borneotoday.net/surat-tular-tentang-tawaran-rm47-5-juta-palsu-pejabat-skn-lapor-polis/

Tidak berniat untuk mempersoal laporan Polis yang dibuat oleh pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) terhadap “pihak” yang telah mengulas satu dokumen hingga viral pada hari semalam.

Sejujurnya admin tidak baca pun tulisan “pihak” yang mereka maksudkan itu. Tapi akal ini tergerak untuk mempersoalkan pihak yang sebaliknya, berdasarkan berita yang dilaporkan oleh portal Borneo Today itu.

Dokumen itu didakwa merupakan tawaran projek kepada kroni tertentu bagi membekal bantuan makanan ke beberapa daerah di negeri Sabah. Tapi diyakini tidak mematuhi proses tawaran kerja seperti mana prosedur perolehan.

Klik links dibawah untuk mengetahui dokumen yang dimaksudkan.

Dokumen Yang Dimaksudkan. PDF file

Namun laporan Polis hanyalah laporan yang tidak dapat membuktikan sama ada tuduhan yang dilemparkan palsu atau sebaliknya begitu juga dengan butiran dalam dokumen yang viral itu, adakah palsu atau tidak, selagi mana siasatan belum dijalankan dan hasil siasatan dipersembahkan kepada rakyat.

Akhirnya kalau ingin menegakkan kebenaran sekaligus memancing kepercayaan rakyat maka sewajarnyalah SKN itu sendiri yang menyarankan pada pihak Polis agar membuka siasatan atau pun menyarankan pada SPRM agar menyiasat Pejabat SKN itu sendiri sekaligus ketulenan dokumen tawaran kerja berkenaan. Baruuuuuulah!

Hanya itu yang admin mampu katakan, admin nak cakap apa lagi kalau seolah-olah pihak yang dipersoalkan cepat-cepat menjatuhkan hujah mereka melalui laporan Polis.

Sepatutnya sebagai agensi yang mempunyai autoriti dan totally mewakili kerajaan negeri, sewajarnya SKN membuat sidang media khas terlebih dahulu dan menunjukkan bukti-bukti sepertimana dalam laporan Polis mereka.

Macam yang admin lakukan selama ini, walaupun admin berhadapan dengan pelbagai tuduhan fitnah dari jentera tolol Warisan yang tidak bertanggungjawab. Sampai status sosial admin pun mereka ubahsuai, supaya sama macam mereka, sepertinya sampah yang hanyut dari entah mana.

Tetapi admin tidak membuat laporan Polis terhadap mereka. Apa yang admin lakukan ialah membuat pencerahan secara terbuka sama ada secara langsung atau langsung di media-media sosial.

Selepas itu admin serahkan pada ketentuan sang pencipta dan menunggu pihak manakah yang gugur satu persatu bak sakura di musim luruh.

Bukan sebaliknya walaupun tiada siasatan yang dilakukan terhadap mana-mana pihak tetapi jentera besi buruk itu sentiasa menafikan kononnya pihak itu mendengki pihak ini memfitnah dan banyak lagi kenyataan kosong lagi retorik yang hanya seolah olah menunjukkan mereka takut pada kebenaran atau benar berada di pihak yang salah.

Jangan mereka lupa selama ini pihak mana yang telah sakan menyebarkan propaganda dan fitnah terhadap BN hingga mendapat sedikit kepercayaan daripada masyarakat Sabah pada PRU yang lepas. So jangan mudah menuduh orang lain memfitnah, mendengki sedar diri tu sikit. Jangan semena-mena menjadi orang yang sangat budiman. How can?

Pada jentera parti berkenaan, common ini negara demokrasi jangan tiru budaya negara jiran seperti Indonesia dll. Sikit-sikit laporan Polis walhal merekalah yang paling takut pada Polis, walaupun tanpa sebab yang munasabah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.