UMNO Zahid, PAS Akan Tolak Najib Dan Keluar Dari Muafakat Nasional?

Najib sebelum ini menggesa agar penyokong UMNO dan PAS perlu konsisten dan tidak berubah mengikut keadaan politik semasa. Maksud Najib kalau pun perancangan Presiden UMNO Zahid Hamidi yang ingin bekerjasama dengan Tun Mahathir atau PPBM dan PAS menjadi kenyataan maka sebagai sebagai ahli UMNO, perlu setia kepadanya bukan kepada Presiden UMNO.

Intipati itukan yang sebenarnya cuba disampaikan oleh Najib Razak semasa berdiskusi di majlis wacana ilmu bertempat di menara Datuk Onn, Kuala Lumpur. Betul tidak?

Najib juga berkata tak kan hari ini kita katakan penyatuan ummah esok kita lompat ke tempat lain pula. Nanti orang tidak lagi akan percaya pada UMNO.

Najib Najib!!! bercakap seolah-olah diri itu tidak berhadapan dengan sebarang dakwaan yang melibatkan kepercayaan dan wang rakyat.

Boleh diambil kira lagi kah
pendapat orang yang berada dalam situasi seperti Najib ini. Pendapat orang yang tinggal menunggu masa untuk dipertanggungjawabkan.

Hakikatnya ahli UMNO pun sedia maklum yang menyebabkan UMNO rosak ialah Najib akibat terpalit dengan skandal menyalahkan gunakan kuasa.

Lalu bagaimana mungkin orang yang telah merosakkan masa depan penyokong dan parti UMNO pula yang beria-ia menasihati mangsa.

UMNO yang ada pada hari ini tidak lagi berfungsi sebagai wadah untuk memperjuangkan rakyat tetapi telah ditukar menjadi perkakasan Najib untuk menyelamatkan diri dan karier politiknya, itu saja.

Jangankan ahli UMNO yang pro Presiden UMNO, Zahid akan menyokong atau menyahut gesaan Najib di atas. PAS yang menjadi penyelamat UMNO pun tidak akan terpedaya, apa lagi PAS sendiri telah membuat pengakuan bahawa sejak daripada dulu lagi mereka iaitu sebelum PRU14 tidak menyokong kepimpinan Najib.

(Polemik Zahid dan PAS akan keluar dari muafakat nasional dan menyokong Tun Mahathir tercetus setelah Lokman Adam mendedahkan rakaman suara Zahid yang mencadangkan agar UMNO bekerjasama dengan Tun Mahathir)

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2020/02/652785/pas-tak-sokong-bn-di-bawah-najib-takiyuddin

Hari ini Najib Razak berhadapan dengan tuduhan salah guna kuasa di Mahkamah berhubung 1mdb dan SRC yang besar kemungkinannya akan sabit dan akan menjalani hukuman penjara.

https://m.malaysiakini.com/news/487149#.XjpeT-W9Bng.whatsapp