Pemuda UMNO Sabah Takut Pada CCTV

Mereka kata perbuatan memasang CCTV semasa hari mengundi adalah pendekatan yang menyebabkan pengundi takut mengundi calon BN. Ini kerana undi mereka akan dipantau oleh CCTV.

Memang lucu!

Pelik juga pernyataan pemuda UMNO Sabah ni. Sedangkan di negara orang untuk memastikan suatu pekerjaan atau program itu berjalan dengan lancar dan telus maka CCTV akan di pasang di kawasan yang terbabit. Tapi lain pula dengan pemuda UMNO Sabah ni macam orang yang hanya boleh menang melalui penipuan, oh lupa pula mereka kan UMNO. Hahaha!

Pemuda UMNO Sabah siap memberikan amaran kepada SPR agar kononnya bersikap telus dan mereka mahu pengundi Kimanis tidak ditakutkan dengan CCTV.

Benar-benar lucu ini UMNO!

SPR sebelum ini mencadangkan atau akan memasang kamera CCTV di 68 saluran mengundi sempena PRK Kimanis.

Alahai benda yang baik kamu tentang perbuatan yang menyeleweng wang rakyat malah kamu agungkan.

Tidak timbul persoalan CCTV kerana matlamatnya sama dengan dakwat kekal bertujuan untuk memastikan demokrasi berjalan lancar.

Rakyat atau pengundi ni kalau sudah nekad, setakat CCTV itu bukan halangan. Ini telah dibuktikan semasa pilihan raya yang lepas walaupun kerajaan UMNO pada masa itu memberikan bermacam kemudahan kepada rakyat tetapi undi mereka berikan kepada PH.

Komentar ditutup.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: