Sebelum ini seorang Ketua Wanita PKR Sabah telah menegur tindakan Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal yang mempertahankan kedudukan Amarjit Singh selaku Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah sebagai salah dan menyamai undang-undang rimba. Kesannya akan menyebabkan pelabur asing tidak datang untuk melabur di Sabah.
Tapi Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal melihat kritikan itu sebagai kurang berasas atau tidak ada kebenarannya, ini kerana tindakan mempertahankan Amarjit Singh tidak menyalahi undang-undang malah rakyat Sabah tidak akan kisah.
Kalau pendapat konyol ketua kerajaan negeri itu ditujukan kepada kumpulan yang tidak berilmu, tidak ada maruah dan tidak ada semangat nasionalisme, iya memang tidak dinafikan tidak akan membawa kesan politik. Sebab kumpulan itulah yang menjadi penyokong buta buta parti Warisan walaupun bilangan mereka tidak seberapa. Kumpulan yang tidak ada kira kira politik dalam kehidupan mereka.
Tapi Warisan kena ingat kuasa kerajaan yang ada pada mereka itu adalah hasil persekongkolan dengan Yb Yb BN yang melompat menyertai Warisan. Tapi itu tidak bererti pengundi mereka turut bersekongkol malah ramai dari pengundi itu amat menolak malah membenci politik Warisan.
So benarkah masyarakat Sabah Tidak kisah pada amalan Undang Undang rimba?