Benarkah Putera Faisal Masuk RM642 Juta Dalam Akaun Najib?

Berkenaan pengakuan Pegawai Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPJ) Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Rosli Husain ketika menjawab soalan pihak pendakwah di Mahkamah berhubung perbicaraan skandal 1MDB. Beliau mengesahkan bahawa benar Najib Razak telah menerima dana RM646 juta daripada Putera Faisal Turki. Benar kah?

Kamu tunggu saja kesahihan pengakuannya itu di prosiding yang akan datang dan pastinya kebenaran akan terbongkar.

Adakah individu yang bernama Faisal Turki itu benar wujud dari keluarga Diraja Arab Saudi atau individu itu adalah orang lain yang ditugaskan oleh Jho Low untuk memasukkan sejumlah dana ke akaun Najib Razak. Tunggu dan lihat!

Hakikatnya sejak skandal 1MDB meletus dan nama Faisal Turki turut disebut-sebut. Tapi tidak pernah sekalipun kita mendengar kenyataan rasmi lagi jelas dari kerajaan Riyadh, Arab Saudi jauh sekali dari empunya diri bagi menyokong keberadaan dana yang telah disalurkan ke akaun peribadi Najib Razak.

Malah gambar sebenar individu yang bernama Faisal Turki yang cuba diviralkan juga tidak menentu. Sekejap sosoknya gemuk, sekejap lagi kurus yang penting namanya berakhir dengan Turki 😊

Kalau ada yang masih ingat sempena lawatan Menteri Luar Arab Saudi ke Malaysia, Adel Ahmad Al Jubeir. Semasa bercakap di sidang media yang dihadiri oleh Menteri Pelancongan pada masa itu. Kelihatan Nazri Aziz cuba menyekat percakapan Adel Ahmad Al Jubeir dari menjawab soalan yang dikemukakan oleh Wartawan berhubung derma 2.6 billion.

Berita terbaru yang dilaporkan oleh Harian Metro, portal yang Pro UMNO berkenaan hasil lawatan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Ahmad Al Jubeir ke Malaysia pada Oktober 2018 juga boleh dijadikan asas untuk mengekalkan sangkaan keatas Najib Razak.

Harian Metro mengutip kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Ahmad bahwa dana 2.6 bilion yang memalitkan Najib Razak tidak ada kaitannya dengan kerajaan Arab Saudi. Nampak? Rujuk 🔗 dibawah :

https://www.hmetro.com.my/utama/2018/10/389907/rm26-bilion-ini-jawapan-arab-saudi

Tidak kurang juga berita yang dilaporkan diluar negara. Mereka mendakwa individu yang menandatangani dokumen berkaitan derma dari Arab Saudi kepada Najib Razak adalah palsu. Tandatangan itu bukan dari keluarga Diraja Arab Saudi.

Rujuk 🔗 ini

https://www.theedgemarkets.com/article/update-1mdb-donation-letters-najib-were-not-signed-saudi-prince

Pengesahan yang dibuat oleh mantan SPRM, Mohd Sukri Abdullah masih relevan. Beliau sebelum ini mengesahkan memang benar derma itu disalurkan dari negara Arab Saudi tetapi pihak kerajaan Arab Saudi sendiri tidak mampu menunjukkan dokumen sebagai bukti yang derma itu disalurkan oleh keluarga Diraja Arab Saudi.

Sila rujuk 🔗 di bawah

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/05/342116/tiada-bukti-rm26b-duit-derma-kp-sprm

So, siapa sebenarnya Putera Faisal Turki dari konteks 1MDB adakah beliau benar-benar wujud dan dari keluarga Diraja Arab Saudi atau juga penyangak seperti Jho Low?

Berdasarkan beberapa artikel yang ada di atas, maka bolehlah kita membuat kesimpulan mudah bahawa pengetahuan pegawai SPRM itu berhubung dana RM642 juta adalah terhad. Dia tidak berbohong tapi tidak tahu kedudukan yang sebenarnya.

Seolah-olah begini dana yang dikatakan dari negara Arab itu sebenarnya wang rakyat Malaysia yang telah di songlap oleh Jho Low sebelum disalurkan balik kepada Najib.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s