Warisan Digesa Tadbir Sabah Dengan Baik

KOTA KINABALU: Seorang ahli akademik menggesa Parti Warisan Sabah meningkatkan fokusnya dalam mentadbir negeri itu dengan lebih berkesan, bukannya sibuk dengan hal-ehwal politik semata-mata seperti kesan kemasukan PPBM ke Sabah ke atas kedudukan unggulnya dalam gabungan kerajaan.

Bercakap kepada FMT, Arnold Puyok dari Universiti Malaysia Sarawak berkata, Warisan harus sedar bahawa kedudukannya sangat bergantung pada persepsi rakyat tentang keberkesanannya sebagai kerajaan dan sejauh mana ia menjaga kepentingan mereka.

“Beritahu kami ke mana anda mahu bawa kami dalam 5, 10 atau 20 tahun akan datang,” katanya. “Apakah wawasan anda untuk Sabah?

Apakah rancangan anda untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat?

“Tangani isu penting itu dan fikir tentang kemasukan PPBM ke negeri ini kemudian.”

Puyok mengingatkan Warisan bahawa ia bukanlah pemenang utama dalam pilihan raya umum lepas dan oleh sebab itu ia perlu meraih kepercayaan rakyat menerusi pentadbiran yang berkesan.

Dalam pilihan raya 9 Mei tahun lepas, Warisan menang 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH), iaitu PKR dan DAP, mendapat 8 kerusi, menjadikan jumlah kerusi yang dikuasai gabungan itu 29. Barisan Nasional (BN) Sabah juga mendapat 29 kerusi.

STAR Sabah, yang menang 2 kerusi, berpihak kepada BN menyebabkan gabungan BN-STAR menguasai 31 kerusi dan melayakkan mereka membentuk kerajaan negeri pada 10 Mei.

Bagaimanapun tindakan 4 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno keluar parti dan sokongan 5 Adun Upko memungkinkan gabungan Warisan-PH-Upko menguasai kerajaan.

Puyok juga berkata, kerajaan negeri harus mencontohi kerajaan pusat yang menunjukkan kesungguhannya dalam mengatasi masalah yang dihadapi oleh negara. Beliau merujuk kepada penubuhan Majlis Penasihat Kerajaan dan Majlis Tindakan Ekonomi serta “beberapa inisiatif yang baik” yang dikemukakan dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-11.

Dalam pada itu, seorang pegawai kanan di Institut Kajian Pembangunan Sabah mengkritik pentadbiran negeri kerana tidak mempunyai perancangan yang jelas. Institut tersebut merupakan badan pemikir bagi kerajaan negeri dan pegawai berkenaan yang bercakap kepada FMT enggan dikenali.

Sumber FMT


Inilah yang perlu dilakukan oleh kerajaan Warisan, jangan sia siakan peluang yang tinggal berbaki empat tahun menjadi pentadbir kerajaan negeri.

Berjiwa besarlah kamu ketepikan perbezaan dan berkerjasamalah dengan Bersatu Sabah dengan penuh semangat kekitaan demi kemajuan agar Sabah setaraf dengan negeri negeri maju yang lain.

Nasib baiklah Mahathir cekap menangkap situasi dan potensi Warisan dengan membawa Bersatu ke Sabah. Nah kalau dibiarkan pada tangan tangan yang mulai memualkan masyarakat Sabah. Nescaya gelap masa depan Warisan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s