Terimalah Hakikat 1MDB Adalah Faktor Kekalahan UMNO/BN – KJ

Sudah dua hari tersebar pelbagai versi rakaman dan admin ada menerima rakaman tersebut. Rakaman temubual panas Khairy Jamaluddin yang mendakwa Najib aka 1MDB lah yang telah bertanggungjawab merosakkan reputasi UMNO selepas 72 tahun.

Khairy Jamaluddin juga mendakwa tapi ada dikalangan jentera UMNO yang masih tidak boleh menerima hakikat kebenaran itu dan ia menjadi liabiliti atau pemangkin kepada kerosakan UMNO.

Menurut Khairi Jamaluddin selagi majoriti ahli UMNO tidak sanggup atau berani menerima 1MDB sebagai faktor kekalahan BN maka selagi itulah UMNO sukar untuk dibangkitkan.

Jangan nafikan skandal 1MDB telah menyumbang atau faktor utama kepada kekalahan BN pada PRU yang lepas ini adalah fakta.

Kalau 1MDB tidak diakui sebagai faktor utama, jadi faktor utama lain apa yang telah menyebabkan BN kalah, siapa yang harus dipersalahkan atau dipertanggungjawabkan? Jangan pula mereka beralasan yang jentera pembangkang telah berjaya menyebarkan fitnah keatas Najib, itu bukan alasan tapi satu bukti yang jentera UMNO telah gagal mempertahankan UMNO.

Perlu diingat, selain beberapa artikel dan sudah tentu komen politik yang mempertahankan UMNO dan 1MDB. Pada masa itu juga jentera UMNO telah berusaha keras menyakinkan masyarakat bahawa prinsip bersalah atau tidak harus mengikut lunas undang-undang maksudnya tidak bersalah seseorang itu selagi mahkamah belum mendapati dia bersalah. Tapi apa yang berlaku tetap juga BN ditolak, kenapa?

Proses pilihan raya adalah undi yang datang daripada rakyat bukan hanya undi dari ahli UMNO. Jadi adakah tindakan ahli UMNO yang menafikan faktor 1MDB akan mampu memulihkan keyakinan rakyat, inilah isunya.

Ini adalah pendirian admin, sama ada betul atau fitnah Najib terlibat dalam penyelewengan dana 1MDB. Apa yang pasti jentera pembangkang telah berjaya meyakinkan masyarakat bahawa Najib telah melakukan penyelewengan dan telah diterjemahkan melalui undi di PRU14. Pun begitu mungkin persepsi masyarakat akan berubah andai nanti penghakiman mendapati Najib tidak bersalah.

Pada ahli, jentera dan penyokong UMNO ini adalah soal kepercayaan rakyat secara keseluruhannya yang menjadi penentu kepada untung nasib UMNO itu sendiri, jadi beranilah menerima hakikat dan jangan lagi syok sendiri. Move forward sajalah, cari kesalahan dan kelemahan yang dilakukan oleh kerajaan dan pemimpin pemimpin PH yang telah merugikan rakyat dan negara.

Selepas PRU14 sudah empat PRK yang berlangsung di Semenanjung dan kesemuanya dimenangi oleh PH. Apa maknanya ni?

Biarkan pemimpin atau YB YB UMNO dengan pendirian mereka, kita kenalah faham, mereka perlu bersikap neutral terhadap mana-mana pihak yang ada dalam UMNO agar perbezaan yang berlaku tidak membawa kepada perpecahan.

Mana-mana pemimpin UMNO yang telah berjasa kepada negara dan rakyat, mereka jangan risau, jasa mereka akan terus dikenang sampai bila-bila dan tidak mustahil pula waris mereka akan diterima sebagai ganti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s